Pic hiasan |
Pereka grafik, Saifudin Ali berkata, tindakan peniaga berkenaan dianggap kurang sopan dan tidak bermoral kerana masjid terletak kira-kira 200 meter sahaja.
“Bagi saya dan kawan-kawan ini adalah sesuatu yang tidak patut kerana lokasi mereka berniaga pun di hadapan Muzium Kesenian Islam Pulau Pinang, agak kurang sopan.
“Daripada yang kami lihat jika tidak silap, peniaganya orang Melayu, jadi saya berharap supaya ada tindakan daripada pihak yang bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan pada 22 Januari lalu mengenai lokasi yang sama.
Dalam laporan berkenaan, penduduk di sekitar Lebuh Acheh memohon Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memantau sebuah pasar misteri yang terletak di situ.
Hal ini kerana ada penduduk yang mendakwa lokasi berkenaan dijadikan sebagai tempat kepada individu yang tidak bertanggungjawab untuk membuat tilikan atau ramalan kepada umat Islam.
Perkara tersebut sememangnya berlaku memandangkan ada antara penduduk yang terserempak dengan ‘bomoh’ berkenaan.
Pengadu yang hanya mahu dikenali dengan nama Mat berkata, dia sendiri hairan bagaimana sebuah tempat perniagaan menjadi tumpuan orang ramai ketika pertama kali datang ke lokasi pasar tidak berlesen itu.
Menurutnya, rupa-rupanya seorang lelaki mengaku dirinya bomoh sedang membuat ‘tilikan’ dan bacaan doa.
Difahamkan pasar berkenaan diadakan pada setiap petang Ahad dan dipenuhi dengan pelbagai barangan yang agak mencurigakan.SH
A.S KATA, MPPP DI BAWAH GUAN ENG TAK DAPAT ARAHAN UNTUK MEMANTAU DAN AMBIL TINDAKAN PERLAKUAN SEUMPAMA INI.
YANG DEPA TAU, SAMAN DAN RAMPAS BARANG PENJAJA DAN PENIAGA MELAYU SERTA ROBOH RUMAH ORANG MISKIN.
No comments:
Post a Comment