Bekas wartawan Malaysiakini mati terkena tembakan!

Seorang rakyat Malaysia, yang berkhidmat sebagai penerbit Al-Jazeera Online, mati terkena tembakan, dipercayai secara tidak sengaja, di Lubnan kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) semalam.

Laporan The Star Online menyebut bahawa ketika kejadian, Claudia Theophilus, 42, berada di Baakleen, bersama dua rakannya.Mendiang berkhidmat dengan Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar sejak November 2006.

Sebelum itu, beliau pernah bekerja dengan Malaysiakini dan akhbar The Sun.Baakleen terletak kira-kira 45 kilometer ke tenggara Beirut.Menurut laporan itu, salah seorang daripada dua rakannya yang berada bersama Claudia ketika kejadian melaporkan kepada Kedutaan Malaysia di Beirut mengenai kejadian itu.

Polis tempatan dilaporkan telah menahan kedua-dua rakan itu.Siasatan awal menunjukkan mendiang tertembak secara tidak sengaja.Laporan itu juga menyebut mendiang dan dua rakannya bermain menggunakan raifal dan salah seorang telah melepaskan tembakan secara tidak sengaja.

Duta Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppanan mengesahkan mangsa mati disebabkan tembakan tetapi maklumat sebenar kejadian masih kabur.SH

TAKZIAH A.S UCAPKAN KEPADA KELUARGA MENDIANG.
SEBAGAI PERINGATAN KEPADA KITA, SENJATA API BUKANNYA BENDA YANG BOLEH DIBAWA MAIN.

Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment:

Anonymous said...

nanti mereka akan salahkan umno

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...