Gempar! DS Ong Tee Keat dalam kesusahan di Manila??

Akaun e-mel milik Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat telah digodam kira-kira jam 7 pagi tadi.Penulis telah menerima satu e-mel yang dihantar dari akaun terbabit, mendakwa dirinya sebagai Tee Keat dan kini berada dalam "kesusahan" di Manila, Filipina.

"Semuanya baik sebelum saya diserang dalam perjalanan pulang ke hotel. Saya tidak dicederakan tapi saya kehilangan duit, kad bank, telefon bimbit dan beg saya dalam serangan itu.

"Saya sudah menghubungi pihak bank untuk menyekat pengeluaran wang dari kad saya dan telah membuat laporan polis," tulis e-mel itu yang meminta penulis membantunya menjelaskan bayaran penginapan beliau di sana dan tiket penerbangan untuk pulang ke Malaysia.

Penulis membalas e-mel tersebut dan memberitahu akan cuba membantunya dengan menghubungi Pusat Khidmat beliau untuk memberitahu kejadian yang menimpa dirinya.

Setelah berfikir, penulis kemudiannya merasakan seperti ada yang tidak kena lalu cuba menghubungi talian telefon bimbit milik ahli parlimen tersebut, yang juga bekas Presiden MCA, untuk mengetahui keadaan sebenar, di samping khuatir menjadi mangsa penipuan. 

Ternyata jangkaan penulis tepat apabila Tee Keat menjawab panggilan telefon bimbitnya yang didakwa pengirim e-mel bahawa telefon tersebut telah disamun semasa diserang di Manila. "Ada orang godam e-mel saya pagi ini. Saya sihat walafiat. Terima kasih kerana mengambil berat," ujar Tee Keat ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Penulis kemudian menerima respons daripada penggodam tersebut yang meminta dikirimkan wang tunai sebanyak RM2,000 menerusi Western Union atas nama ahli parlimen itu, beralamat di Manila, Filipina."Saya berjanji akan membayar balik bila saya pulang, harapnya hari ini.

Anda boleh kirimkan wang menerusi Western Union."Apabila pemindahan wang selesai, tolong berikan saya nombor pengesahan transaksi atau pun imbas resit tersebut, maklumkan saya apabila anda sampai ke Western Union," tulis e-mel itu lagi.

Penulis mengambil keputusan untuk tidak membalas e-mel itu semula walaupun si penggodam sedang menunggu "bantuan" di sana.Cubaan Sinar Harian Online menghubungi semula Tee Keat untuk mendapatkan pengesahan sama ada beliau akan membuat laporan polis atau tidak bagaimanapun tidak berhasil kerana ahli parlimen itu tidak menjawab panggilan telefon.-SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...