Hot! Pakatan Rakyat melabelkan Azhar Idrus Sebagai Semakin Munafik

DARI awal lagi memang penulis tidak berkenan dengan Azhar Idrus ini. Ini bukan pendirian yang dibuat-buat tapi berdasarkan pemerhatian dan banyak maklumat dalaman yang tidak enak mengenai penceramah bebas ini.

Walaupun dia sering di lihat di dalam program-program Pakatan Rakyat tapi sebetulnya, Azhar Idrus lebih banyak terlibat dengan program-program dakwah yang dianjurkan UMNO, melalui proksi-proksi mereka tanpa disedari sesiapa.

Sebab itu jangan terkejut kalau Azhari Idrus diberi liputan media arus perdana setiap kali terlibat dalam program dakwah yang dianjurkan proksi UMNO sejak kebelakangan ini.

Terbaru bila Azhar Idrus menjadi tumpuan pemberitaan dalam jentera propaganda nombor satu BN, TV3 berikutan kejayaan program Wacana Al-Quran di Kuantan yang dihadiri lebih 100,000 orang.

Dari segi sejarahnya, amat jarang atau tidak pernah sama sekali individu yang mempunyai kaitan dengan pembangkang di negara ini mendapat liputan agensi media milik UMNO seperti TV3, Utusan dan sebagainya.

Tapi dalam kes ini semacam ada pengecualian.

Sebelum ini pun, Astro memberikan Azhar Idrus satu slot khas yang dipanggil Kemah Keming di saluran Oasis. Astro juga khabarnya dimiliki sebahagian besar sahamnya oleh UMNO melalui proksi-proksi mereka.

Apakah puncanya, kenapa sekarang? Adakah kerana Azhar Idrus mampu menarik puluhan ribu orang hadir mendengar ceramahnya? Kalau itulah alasannya, sepatutnya TV3 sudah memberi liputan kepada Azhar Idrus sejak dulu lagi, bukan sekarang.

Selain itu, tindakan kerajaan UMNO Pahang membenarkan Azhar Idrus menggunakan Stadium Darul Makmur sebagai lokasi ceramah juga menimbulkan pertanyaan. Bukan rahsia UMNO sering menghalang Azhar Idrus dari menggunakan stadium atau venue yang mempunyai kaitan dengan kerajaan pimpinan mereka.

Semua tentu masih ingat bagaimana pada tahun lepas, Azhar Idrus dihalang dari menggunakan Putrajaya International Convention Center (PICC) walaupun segala persiapan ceramah agamanya telah dibuat. Tapi sekarang mudah sahaja Azhar Idrus dibenar untuk menggunakan Stadium Darul Makmur?

Apa muslihatnya?

Jangan lupa, syarikat yang menganjurkan program di Stadium Darul Makmur itu, Anugerah Group of Companies mempunyai hubungan yang kuat dengan UMNO. Buktinya, syarikat tersebut telah beberapa kali mengadakan majlis yang sama dengan penglibatan syarikat milik UMNO, Utusan Melayu Berhad!!

Sebab itu dalam wawancara dengan TV3 kemudiannya, Azhar Idrus dengan jelas mengakui akan menyokong kerajaan mana sekalipun yang mengadakan aktiviti (wacana Al-Quran) untuk orang muda, penulis ulang kerajaan mana sekalipun!!

Kali terakhir Anugerah Group mengadakan Wacana Al-Quran dengan kerjasama Utusan ialah pada November tahun lepas di Shah Alam. Ini pelik, sebab Azhar Idrus tidak hadir ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat bulan lepas (di padang Kelab Sultan Sulaiman), tapi boleh pula menyertai majlis yang ada unsur-unsur UMNO di dalamnya?

Lanjutan dari siasatan yang penulis jalankan, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, terutama dari PAS memang menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Azhar Idrus sekarang. Apa yang tidak kena itu penulis akan jelaskan kemudian, tapi khabarnya PAS tahu dengan siapa Azhar Idrus berjumpa dan berbincang beberapa minggu kebelakangan ini.

Penulis juga mendapat tahu Azhar Idrus pernah berkhidmat dengan Utusan Publication sebagai pekerja di bahagian kilang percetakan syarikat tersebut tapi meletakkan jawatan untuk mendalami ilmu dalam pengajian Islam.

Adakah maklumat ini benar?

Dan satu soalan lagi, bolehkah Azhar Idrus jelaskan apakah program besar melibatkan Azhar Idrus dengan UMNO minggu depan?

Nantikan pendedahan lebih banyak laman ini mengenai siapa Azhar Idrus yang sebenarnya. Kami akan menunjukkan kepada rakyat bahawa Azhar Idrus sememangnya tidak boleh dibuat kawan dan Pakatan Rakyat (terutama PAS) hanya menjadi mangsa penipuan Azhar Idrus.

Sumber: http://suarapakatanrakyat.com/2013/0...makin-munafik/

7 comments:

Anonymous said...

Bersangka baiklah dengan kehadhiran beliau ke dalam scenario hidup dan masyarakat masakini. Saya berpendapat beliau adalah satu satunya individu dari kalangan pendakwah yang mampu menarik minat bukan saja di kalangan remaja, bahkan orang dewasa. Saya kira jika diberikan kepada beliau satu garis panduan yang tepat, belaiu mampu memberikan perpaduan ummah. Apa yang saya lihat, ceramah ceramah beliau selalu mendapat sambutan dari orang Melayu yang beragama Islam tanpa batasan fahaman politik. Beliau sememangnya creative didalam menyampaikan message yang membuat mereka yang menuntun atau mengikuti ceramah beliau itu rasa benar benar terhibur.

Orang Melayu sudah mula berpecah dan agama Islam sudah pun tercabar. Oleh itu untuk menguatkan barisan, orang orang Melayu sepatutnya bersatu agar kedaulatan agama, bangsa, raja raja Melayu dan Negara terpelihara. Saya kira beliau mampu melakukanya jika diberikan peluang dan kepercayaan. Jika hendak diperincikan, sememangnya sukar untuk mendapatkan seorang individu yang punyai latar belakang yang bersih dan tidak berkepentingan sendiri. Niat dan tujuan beliau itu usah dipertikaikan selagi belum ternyata secara terangan, tetapi yang lebih penting niat dan tujuan kita ke atas beliau yang patut beliau lakukan. Oleh kerana beliau dibayar untuk menjalankan tugas, maka pemantauan perlu dilakukan oleh pehak yang membayarnya.

Insan biasa said...

Pertama sekali,harap diizinkan untuk memberi sedikit komen berkenaan artikel ini.

Saya berpendapat bahawa kita manusia tidak seharusnya menjadikan ahli/tokoh agama sebagai mainan/isu hangat politik semata-mata untuk menarik perhatian pengundi.Ini kerana ISLAM itu sendiri sama ada kita sedar ataupun tidak; telah mengajar dan menjadi panduan bagi segala bidang ilmu yang diperlukan oleh manusia di bumi ini termasuklah politik.

Dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada yang tidak terjangkau oleh pemikiran akal telah diajarkan.Bukan sahaja tentang bagaimana untuk beribadat yg diajarkan didalam agama,bahkan segala ilmu diajarkan kpd manusia.
Contoh: bagaimana posisi yg baik untuk tidur,adab ketika makan,adab menuntut ilmu,ilmu sains,alam semesta etc.Ini termasuk lah jugak ilmu tentang bagaimana untuk mentadbir/mengurus negara.

Maka,setelah di kaji dan difikirkan sedalam-dalamnya kita akan sedar bahawa segala kemakmuran,kebahagian,keamanan,kemewahan,ketenangan hati etc hanya akan dapat dicapai jika kita berpegang teguh kpd agama Islam dan menjadikannya sbg panduan hidup.

Berbalik kepada artikel ini sy berpendapat bahawa tidaklah menjadi kepentingan untuk kita membincangkan ataupun menghangatkan suasana dengan isu seperti ini.
Adakah memberi kesan sekiranya Usttaz adalah ahli UMNO ataupun PAS?Kalau ustaz orang PAS,ahli UMNO x boleh datang belajar agama?Atau perkara sebaliknya juga?Apa yang lebih penting ialah beliau berjaya membuka jalan baru untuk anak muda kembali mengenal agama islam.

Kita perlu ingat bahawa agama itu menjadi penentu kpd segalanya.Tidak kira mana parti sekalipun,andai pemimpin/wakil rakyat yg diamanahkan oleh rakyat itu adalah seorang yg berpegang teguh dan mentadbir berpandukan kpd ajaran islam maka akan tenteram dan harmoni lah hidup setiap insan.

SY harap apa yang sy tuliskan disini dapat dibaca dgn hati terbuka.

Anonymous said...

heran nya aku masih nak twist pemikiran awam kata UAI tu sokong umno,,kah kah kah kah

Anonymous said...

anon - February 13, 2013 at 12:08 PM

kita tinggalkan kefahaman politik sebentar dan cuba alihkan pemikiran kita kepada perpaduan bangsa untuk kepentingan agama, raja dan negara tercinta. UAI sememangnya sudah menjadi ikon dikalangan orang Melayu dari berbagai peringkat umor. ceramah ceramah yang beliau berikan mendapat sambutan. cara penyampaianya juga terlalu santai dan mudah difahami, hanya kadangkala, saperti kata admin diluahkan dengan perkataan perkataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang ustaz. perkara ini saya kira boleh diatasi dengan memberi kesan menang menang. justeru, sangat baik sekiranya tenaga beliau dapat digunakan semata mata untuk menyatukan bangsa Melayu yang semakin renggang disebabkan pengaruh politik

Anonymous said...

persetan kan la politik itu bodo. layan sudeyy

Saya hidup di Sabah said...

Salam Perjuangan,

JUTAAN TERIMA KASIH dengan info yang berguna diberikan kepada semua...

Tidak dapat dinafikan lagi akan info anda telah memberi idea dan peransang untuk memperbaiki memantapkan penulisan2 saya di blog.

Blog anda juga sangat mengagumkan..

Saya telah link blog anda di blog pilihan Macam Di KK
..

Salam Perpaduan dan Salam 1Malaysia.

Blogger Hidup Di Sabah

bayausbh.blogspot.com

Unknown said...

NI AKU NAK BGTAU NI,BUAT SANG PENULIS YANG DIBERI OLEH ALLAH AKAN AKAL DAN FIKIRAN,ORANG BG CERAMAH UNTUK KEBAIKKAN ENGKAU PULA TERASA PEDASNYA,SUDAJH CUKUP KE ILMU AGAMA DIDADA UNTUK MEMPERTIKAIKAN ORG YG BANYAK ILMU AGAMA?AKU RASA NAK PENAMPARJE MUKA PENULIS NI,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...