Ramalan Unit Risikan Economist Buatkan Anwar bengang!



'BN boleh menang tetapi tanpa majoriti dua pertiga'


PETALING JAYA: Unit Risikan Economist (EIU) meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum Malaysia yang akan datang.
Namun, para pengamat meramalkan perikatan parti yang memerintah itu mungkin gagal mencapai majoriti dua pertiga dalam parlimen negara itu bagi membolehkannya membuat perubahan perlembagaan tanpa sebarang cabaran.
EIU adalah sebahagian daripada majalah berita dwimingguan Economist yang berpangkalan di London.
Sambil memetik laporan terbaru EIU itu, laman berita Free Malaysia Today (FMT) semalam melaporkan bahawa EIU berpendapat bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah membuat "janji-janji yang mahal" bagi membolehkannya merebut kuasa.
Bagaimanapun, usaha pakatan pembangkang itu kurang menarik perhatian berbanding dengan "kemurahan hati" BN, yang telah membelanjakan dengan banyaknya dalam dua bajetnya berturut-turut bagi memancing pengundi.
"Tambahan daripada itu, kerajaan sedang menawarkan banyak insentif setempat bagi memastikan wakil-wakil BN merebut semula (kerusi) di peringkat persekutuan dan negeri," kata EIU, sambil menjelaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini menawarkan Pulau Pinang, yang ketika ini dikuasai PR, sejumlah 20,000 rumah murah dan khidmat monorel bagi meredakan kesesakan trafik.
EIU sebaliknya berkata, janji-janji kempen PR jelas sukar dikotakan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...