Ahli Majlis MPAJ Terima Peluru!

hiasan
Ahli Majlis Ketua Zon 21 Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Supiramany Sinnapayal menerima sebutir peluru dalam sampul surat di pejabatnya di Kampung Cheras Baru, di sini, jam 9.30 pagi semalam.

Difahamkan, setiausaha ahli majlis itu, Roslin Bala yang membuka pejabat pada pagi hari kejadian menemui sampul surat berkenaan yang dimasukkan di bawah pintu dipercayai pada awal pagi.

Supiramany berkata, selepas menemui sampul surat yang mencurigakan setiausahanya menghubungi dia dan ahli jawatankuasa penduduk lain dan sebaik membuka sampul itu, mereka menemui sebutir peluru hidup.

“Saya percaya peluru itu dihantar bertujuan menakutkannya dan saya berjanji tidak takut untuk mati dan terus berkhidmat untuk rakyat,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, dia enggan membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu dan membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah bagi membolehkan polis membuat siasatan mengenai kejadian itu.HM


A.S KATA, KITA SERAHKAN KEPADA POLIS UNTUK MENYIASAT. JANGAN DITUDUH KERJA ORANG BN PULA, KERANA SESAMA MEREKA DALAM MPAJ/PAKATAN PUN BERTELAGAH TERUK. TAK MUSTAHIL KAN?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...