Anggota Tentera Terbunuh Dalam Kemalangan Merupakan Penumpang Dalam Trak

Roslawati (kiri) menahan sebak namun pasrah selepas menerima berita kematian anaknya akibat nahas jalan raya ketika menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu, semalam. Gambar kecil

Anggota tentera yang terbunuh dalam kemalangan tentera pada pagi Selasa merupakan penumpang bukan pemandu trak seperti yang didakwa, jelas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

 Beliau berkata pemandu trak berkenaan, cedera dalam kejadian yang berlaku pada pukul 7.30 pagi Selasa di Kilometer 37 di Jalan Lahad Datu. Allayarham Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21 dinaikkan pangkat ke Koperal penuh pada Rabu bersama-sama seorang lagi rakannya, Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terbunuh dalam pertempuran menentang pengganas Sulu.

Sebelum ini dilaporkan seorang anggota tentera maut dalam kemalangan apabila trak yang dipandunya hilang kawalan ketika sedang dalam perjalanan menghantar bekalan dari Lahad Datu menuju ke Bandar Chenderawasih di Felda Sahabat.

A.S kata; Takziah kepada keluarga mangsa. Banyakkan bersabar. Terimalah ketentuan dari NYA.
Arwah juga gugur di medan juang walaupun disebabkan kemalangan tentera kerana kita hanya merancang, namun tuhan yang menentukan. 
Diharapkan pihak ATM lebih berhati-hati semasa dalam medan juang walaupun semasa memandu..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...