Gempar. Kapal-Kapal Perang Indonesia Berada Di Perairan Sabah?




Samporna: Berita yang menggemparkan sepasukan keselamatan negara yang sedang mengawal perairan Tawau - Nunukan indonesia berada didalam keadaan yang mencemaskan apabila pasukan keselamatan negara terihat beberapa buah kapal perang yang lengkap bersenjatakan perang menuju kearah mereka pagi tadi .

Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina.

Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa.

Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.

Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat.

Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat. 

A.S KATA, JANGAN CEMAS DAN RISAU. SEPATUTNYA KITA PERLU BERASA LEBIH SELAMAT DENGAN KEADAAN SEMASA INI.
LANUN SULU SUDAH TIDAK BOLEH LARI LAGI NAMPAKNYA.

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...