Rahsia Di Mana Raja Muda Azzimudie Bersembunyi


KESULTANAN SULU KIRAM sebenarnya sudah lama tidak wujud sejak kematiannya Sultan Muhamad Jamalul Kiram ke-2 terakhir pada tahun 1936 kerana selepas itu tiada zuriat.

Yang ada sekarang ialah keturunan-keturunan dan kerabat-kerabatnya yang mendiami beberapa wilayah seperti di kepulauan Jolo, Mindanao, Palawan dan sebagainya. Mereka masih mengaku diri mereka sebagai keturunan Sultan Kiram dan keturunan-keturunannya yang lain.

Keturunan Kiram ini ada di mana-mana, seperti di Washington, Jakarta dan di seluruh Sabah terutama di Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Di Sembulan keturunan Sultan Kiram ini masih ramai.Mereka ini sentiasa berperang dengan Kerajaan Filipina kerana mereka menuntut Wilayah pemerintahan sendiri. Mereka tidak hendak berada di bawah pemerintahan Kerajaan Filipina. Pada masa yang sama mereka juga masih menuntut sebahagian wilayah Sabah yang mereka sebut sebagai North Borneo sehingga ke hari ini.

Namun demikian, ketika North Borneo dijajah oleh British dan Jepun, apakah mereka berusaha berperang dengan British dan Jepun? Jika Sabah milik mereka, mereka langsung tidak ada inisiatif merampas negeri Sabah selepas Perang Dunia Kedua.

Sejarah moden Sabah sehingga ke hari ini ialah Sabah sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia.

RAHSIA RAJA MUDA AZZIMUDIE

Selepas serangan pihak tentera dan polis ke atas ketumbukan pengganas di Kg. Tandou, belum ada pengumuman rasmi jumlah yang terkorban di pihak pengganas.

Namun, media Filipina mendapat maklumat lebih kurang 27 angka korban. Angka ini sudah pasti diperolehi dari kumpulan Raja Muda Azzimudie di Kg. Tandou. Di mana lagi bakinya yang dikatakan mencecah 250 orang itu?

Pasukan Keselamatan negara kita mesti memahami budaya dan kehidupan masyarakat Sulu ini. Selepas ketiadaan Sultan yang sah dan ketiadaan negara yang sah, mereka hidup di dalam suasana perjuangan.

Perjuangan mencari wilayah, kekuasaan dan martabat.Mereka berperang dengan kerajaan Filipina yang tidak mengiktiraf mereka. Dan mereka juga berusaha mendapatkan negeri Sabah yang mereka dakwa sebagai milik mereka.

250 ORANG PENGAWAL ELIT

Raja Muda Azzimudie dikawal oleh hampir 250 orang yang sanggup mati untuk mempertahankannya.Mereka terlatih dengan perang Gerila, khususnya ketika menentang penjajah Sepanyol, Amerika dan kerajaan Filipina sejak turun temurun.Mereka boleh menyelam dalam laut selama 30minit hingga 60minit tanpa bantuan alat pernafasan. Mereka boleh hidup dalam hutan, hutan bakau, bukit-bukau atau di laut tanpa bekalan makanan. Tanpa beras mereka boleh hidup dengan hanya memakan putu dan sigup.

Mereka di atas laut dengan bot pancung, yang boleh dinaiki hanya 8 hingga 10 orang. Kelajuannya tidak akan termampu dikejar. Sekelip mata mereka sudah berada di dalam hutan di Tanjung Labian, Tandou dan sekitarnya. Jaraknya pun hanya kira-kira 40km dari kepulauan Jolo, Tawi-Tawi dan sekitarnya.

Mereka belajar Ilmu Kebal dan memakai Tangkal. Mereka boleh hilang sekelip mata. Mereka ada yang tidak lut oleh senjata. Nur Misuari sendiri dikawal beratus-ratus pengikutnya.Mereka boleh membuat kubu di bawah tanah, dalam dan sederhana dalam, bersiap sedia di dalamnya dan berbulan-bulan. Mereka boleh berjalan kaki dari Kg Tandou mengikut jalan hutan ke Gua Madai dan bersembunyi di dalamnya. Atau mereka menaiki bot, bersampan, berjalan di atas bakau hingga sampai ke Kunak.

PERSOALANNYA
1. Perancangan mereka sangat teliti, membawa lebih kurang 250 orang bukan satu kerja yang mudah?
2. Raja Muda Azzimudie sentiasa bercakap menggunakan telefon radio dengan Sultan Jamalul Kiram III di Tausug City? Maknanya, sistem perhubungan dan logistik mereka sudah diatur lebih awal?
3. Senjata mereka menggunakan senjata moden, bukan parang atau pun senapang patah! Siapa memberi wang kepada mereka untuk membeli semua ini?
4. Mereka membawa wanita, makanan, wang yang banyak. Khabarnya mereka mampu membeli rokok dengan harga RM50.00 sekotak?
5. Gerakan mereka bersepadu, hampir serentak pergerakan mereka di Lahad DAtu, Kunak dan Semporna.

LESSONS
1. Pasukan Keselamatan khususnya 7 Batalion yang dihantar baru-baru ini tidak seharusnya dikembalikan ke Semenanjung. Batalion ini mesti menetap dan berada di sepanjang pantai Sabah.
2. Di Tungku, Lahad Datu salah satu tempat batter-trade orang-orang Sulu Filipina dengan penduduk tempatan hendaklah dikawal dengan mewujudkan sebuah pos kekal.
3. Program Pemutihan mesti dijalankan semula, kerana sudah lama program ini tidak dijalankan di Sabah.
4. Kami berterima kasih dan gembira dengan operasi Tentera Malaysia dengan harapan semua ini segera ditamatkan. Kami mahu keamanan, ketenangan dan kegembiraan dan semua ini ada di Malaysia, kami tidak mahu berada di naungan negara lain atau apa yang disebut kesultanan sulu yang ramai sangat itu.

Sekian, Assalamualaikum.

Orang Suluk tempatan.Lahad Datu.

e-mel ini baru sahaja disampaikan kepada saya.

Foto : Azzimudie Kiram Kanan Sekali.

Published with Blogger-droid v2.0.8

9 comments:

Anonymous said...

Lessons learnt!

BETUL TU. KALI NI SETIAP BOT KECIL YANG MASUK PUN PERLU DIGELEDAH DENGAN TELITI KERANA KEMUNGKINAN TERSOROK SENJATA API DSBNYA. MACAM "DISEBALIK MEE ADA UDANG". DISEBALIK IKAN2 ADA....???

PEMERIKSAAN RAPI PERLU AGAR TIADA SATUPUN MUSLIHAT MEREKA TERLEPAS KALI INI.

GEMPUR WIRA !!! NYAHKAN PETUALANG PENGGANAS KEJAM KIRAM SULU ITU.

YANG PENTING - MALAYSIA JANGAN MUDAH BAGI TARAF KEWARGANEGARAAN/ KAD PENGENALAN.

Anonymous said...

"Mereka belajar Ilmu Kebal dan memakai Tangkal. Mereka boleh hilang sekelip mata. Mereka ada yang tidak lut oleh senjata"

KUN FAYAKUN...TIADA YANG LEBIH BERKUASA SELAIN DARI ALLAH SWT. BIARLAH GERILA LANUN SULU KIRAM ITU DIKATAKAN KEBAL DAN MEMAKAI TANGKAL. BUKANKAH SYIRIK MEREKA2 INI??? MAMPUKAH SYIRIK JIN DAN SYAITAN ITU MELAMPAUI KUASA ALLAH SWT???

INSYAALLAH PERWIRA2 KITA PASTI DILINDUNGI SELAMAT DENGAN SENJATA2 KALIMAH ALLAH SWT.

P/S KIRAM SULU BERTAUBATLAH. MAIN TANGKAL2 KEBAL PULAK NII APA CERITA AGAMA KAUM MU?!! DOSA PAHALA PUN DAH TAK KISAH KE SEBAB NAK TAKHTA???

- KIAI TASBIH -

Anonymous said...

Ayoyo........dah susah takde tanah di filipina sana, baru teringat nak datang sabah rebut tanah orang pulak ye. Memang takde maruah punya bangsa ikram macam tu.
Mengaku pulak tu keturunan sultan sulu. Ramai dah mengaku camtu. Hai....deme teringin nak duduk takhta raja rupanyaaa...... Yang anak pompuan dia pulak teringin jadi puteri raja. kesiiiiaaannnn.....

p/s tunggu nanti putera katak puru melamar putri raja kiram tu.

ISSHHH, JOM KITA BERTAUBAT, JANGAN JADI MACAM KIRAM TUA TAK SEDAR DIRI TU. KITA PUN TAK NAK LAH JADI KATAK DAN MATI KATAK SESIA.

Anonymous said...

Kalau dah hebat, kebal dan bermacam-macam lagi, macam mana pulak kena ada pengawal untuk mengawal ketua mereka? Bagaimana pulak yang mati ditembak? Kuasa tangkal dah tak mujarab lagi kut? Apa-apa pun tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa Tuhan penguasa sekelian alam.

pemerhati said...

Salam semua,

sbb ni dah bukan kira kes2 yg biasa sbb ada pakai ilmu2 kebal segala..maka saya share kan lah sikit apa yg sy tau utk bg ilmu hitam tu 'tawar'.

Baca ayat kursi..jaga sebutan betul2..jaga juga sabdu pd hurufsbb lain sebut lain maksud..

baca drp ayat pertama sehingga before ayat last skali. ambil nafas dalam2.. baca ayat last tu ulang 7 kali sekali nafas. yg tu kira satu round.

Baca mcm tu utk 3 round. Amalan ni adalah utk membakar setan2 & jin. Insha allah..ilmu hitam mereka akan hilang..

berkenaan perjuangan mereka pula..sy no hal lah klau diorg nak perang dgn kerajaan diorg. mmg patut pun..

cuma ada 3 persoalan.
1. atuk nenek diorg yg serah kan pd inggeris siap ada wording selagi ada bulan matahari..cam2 tu la..selagi tu diorg lepaskan timur sabah..so dah nyata kan..diorg dah lepaskan hak tu..nak marah pegi la kubo atuk diorg yg pandai2 buat perjanjian gila tu..pastu aku ada bc la diorg kata sultan diorg kena tipu..wah ni mesti kes2 cam tun dolly suka tido..yg dia tau sign je..salah sapa??

2. kalau betul kena tipu knapa x berperang jugak dgn inggeris tu nak balik wilayah dia.. ye la timur sabah time tu kan x dek apa2 dulu..malas la nak pening2 kepala..tp skrg bila dah maju..hasil mahsul pun dah byk mula lah otak lanun dia berfungsi..ditambah pulak ada setan yg bakar2..

Miaw said...

Temberang je lebih...ATM buat OPS DAULAT terus menggigil mintak nyawa....alangkan kereta kebal boleh hancur ni kan manusia yg berpaksikan syirik...KALAU HANDAL SANGAT KENAPA TAK LAWAN KERAJAAN KRISTIAN FILIPINA HABIS2AN...Ceeeh kebal dan hebat konon !!!

Miaw said...

Temberang je lebih...ATM buat OPS DAULAT terus menggigil mintak nyawa....alangkan kereta kebal boleh hancur ni kan manusia yg berpaksikan syirik...KALAU HANDAL SANGAT KENAPA TAK LAWAN KERAJAAN KRISTIAN FILIPINA HABIS2AN...Ceeeh kebal dan hebat konon !!!

Anonymous said...

Sayu dan sedih bila dengar perwira negar gugur.Terasa sebak lihat wajah mereka.Mereka gugur demi negara.Besar benar pengorbanan mereka.Biarlah pusaramu harum seharum baktimu.Terima kasih perwiraku.

Anonymous said...

Two paramount manufacturers of special care for products are pulling specific in vogue brands from the hawk because they may bear traces of poultry antibiotics that are not approved in the U.S.

http://www.promowanefirmy.pl/katalog/auto-audio
http://centrum-firm.com/category/budownictwo-tynki/cat/104
http://www.biznesdlafirm.com/katalog/amexim-network-marketing---barbara-winiewska
http://centrum-firm.com/katalog/pokaz/886
http://www.promowanefirmy.pl/category/finanse-i-ubezpieczenia--karty-kredytowe-platnicze-rabatowe/cat/122

http://www.biznesdlafirm.com/katalog/pokaz/5472
http://www.centrum-firm.com/category/dom-i-ogrod--stolarstwo/cat/179
http://promowanefirmy.pl/katalog/sos-polska-sc-czarny-pawe-rzepecki-tomasz
http://www.promowanefirmy.pl/katalog/pokaz/5597
http://www.biznesdlafirm.com/katalog/fart-pol-toru--zbigniew-berent

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...