Sunny Ng & Kenneth Lee? Apa Kaitan Dengan Kiram?

Anak Kiram

MANILA 20 Mac - Kes dakwaan skuad pembunuh dari Malaysia yang menyelinap masuk ke Filipina bagi membunuh ketua pengganas di Sabah, Jamalul Kiram III (gambar) dan beberapa pengikutnya difailkan di Biro Siasatan Nasional (NBI).

Jurucakap kumpulan pengganas itu, Abraham Idjirani berkata, peguam hak asasi manusia, Leonard de Vera dan peguam, Mario Lozada yang 'membocorkan' rancangan pembunuhan tersebut telah pergi ke NBI dan membawa bersama satu afidavit.

"Penasihat kumpulan kami, Pastor Boy Saycon turut pergi bersama mereka ke NBI."Saya dan Kiram diwakili oleh Saycon, manakala De Vera akan memfailkan aduan tersebut," katanya.

Idjirani semalam, mendedahkan seorang pegawai tentera berpangkat kolonel bersama empat komando dari Malaysia memasuki Filipina bersama tiga warga Filipina yang dilatih dari wilayah Quezon untuk membentuk satu skuad pembunuh.

Dia mengenal pasti ketua skuad itu sebagai Kolonel Sunny Ng yang makan tengah hari dengan seorang lagi rakyat Malaysia dikenali sebagai Kenneth Lee di sebuah restoran mewah di sebuah kompleks membeli-belah di Pangkalan Tentera Udara Villamor, Pasay City.

Selepas dimaklumkan mengenai rancangan bunuh itu, Lozada segera memaklumkan perkara itu kepada sahabat baik yang juga rakan perniagaannya, Saycon.

Dalam pada itu, Kiram berkata, dia tidak berasa takut dengan skuad tersebut."Kenapa perlu saya takut, Saya belum melihat mereka, jika ada saya akan terus melarikan diri," katanya sambil memegang lututnya. - AGENSI

A.S KATA,BENARKAH DAKWAAN INI?TENGOK 2 NAMA ORANG TAJUK.DIATAS SEOLAH BUKAN ASKAR, NAMPAK MACAM ARTIS HONG KONG PUN ADA..
TAPI BILA BACA AYAT YANG DIBOLDKAN DI ATAS, RASA NAK PECAH PERUT AKU KETAWA..
AGAK LUCU BUNYINYA..
APAPUN SI KIRAM NOKHAROM NI HARUS DITANGKAP ATAU KASI MATI SAJA.
KERANA DIA, SABAH JADI HURU HARA.

Published with Blogger-droid v2.0.8

2 comments:

Megat Alam Gempita said...

Nama saja pejuang Islam, tapi penasihatnya seorang Pastor. Macam ni nak percaya...sama perangai dengan puak-puak pencacai di Malaysia ni. kalau tak bohong bukan fuckatan namanya...

Nama Sunny dan Kenneth macam komando Singapork jer!...emm

Putih Maya said...

Siapa Jacel Kiram

Mohon pautkan link kami tuan. Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...