PIC HIASAN
Penceroboh bunuh diri dalam lokap.
Seorang lelaki disyaki pengganas Sulu yang ditahan dalam Ops Daulat, ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, pagi kelmarin, dipercayai membunuh diri.
Lelaki berusia 25 tahun yang ditahan dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Pinggir Bakau, Semporna, 10 Mac lalu, dipercayai menjerut lehernya menggunakan baju lokap di pintu jeriji lokap sebelum melipat kedua belah kakinya ke atas.
Suspek itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Kad pengenalan palsu
Pegawai perubatan Hospital Tawau yang dipanggil ke lokap Cawangan Khas (SB) IPD Tawau mengesahkan suspek yang memiliki kad pengenalan palsu ketika ditahan, sudah meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, mengesahkan kejadian itu.BH
8 comments:
SAH SAH DIA FRUST SEBAB TAK DITEMBAK MATI BERSAMA JENERAL DAN GENG2 LANUN DIA.
TAKUT PULAK TU KENA SOAL SIASAT PASAL IC TU. INI LAH MUNGKIN ANTARA MUSUH DALAM SELIMUT SEKARANG - MEREKA DGN IC PALSU.
BPR PI GEMPUR CEPAT CARI SAPE LAGI TAK PEPASAL DAPAT IC CAMTU!!!!
MARAH BETUL NIIIII......
Betuuuuullllll...........
BPR patut pegi KDN-IMEGRESEN. gempur sana siasat sapae yang bagi ic, senang2 je masuk msia puak2 lanun ni. Akhirnya kita semua rakyat penduduk jati msia yang susah. Orang kita maut di tangan puak2 lanun mereka.
MARAH JUGAK SAYA KALAU GITU..........
soal IC kita letakan JPN sebagai pihak yang bertanggung jawab penuh dalam soal tu.
Hanya JPN yang boleh kuarkan IC.
Pastu atas arahan SIAPA IC tu dikuarkan dan diagihkan.
Sdr sdri pembaca,
Ingin dijelaskan bahawa tujuan pemberian ic dulu adalah supaya mudah kita mendaftar bilangan pemastautin di Sabah setelah menyertai Malaysia 1964. Diberi pulak pada yang tinggal lebih dari 10 tahun dan ikut prosedur.
Tapi yang malangnya niat baik ini digunakan sebagai peluang cari duit oleh kakitangan kerajaan juga. Sebab tu ada pegawai tinggi dalam Pendaftaran jual borang kepada pendatang yang baru masuk untuk dapat ic mudah. Mereka dapat juta2 ringgit untung mudah. Ini bukan salah kerajaan BN. Ini perbuatan rasuah (salah guna kuasa) melibatkan individu. Cuma mulut-mulut gatal pembangkang saja nak jadikan isu sebab sedap untuk dapatkan sokongan dan dalam masa yang sama salahkan kerajaan.
Kes ni sama macam kes 'lesen terbang' membabitkan JPJ. Kerajaan kesian pada warga tua tak dak lesen naik kapcai ke masjid. Kalau jadi apa-apa kan susah. Jadi cari jalan beri mereka lesen dengan cara mudah. Tapi pegawai dalam JPJ jugak nampak ini peluang nak cari duit. So mereka keluarkan lesen atas nama program ini kepada kebanyakan orang tanpa test yang ketat. Maka timbullah isu 'lesen terbang'.
Melakukan rasuah soal individu. Bukan kerajaan atau parti. So berhentilah tuduh perkara bodoh. Kalau nak tuduh juga aku beri contoh mudah untuk korang fikir:
Seorang penguatkuasa bertugas di Johor melakukan rasuah. Adakah ni salah MB Johor? Habis tu kalau penguatkuasa yang bertugas di kelantan lakukan rasuah adakah Pok Nik salah?
X BPR Perak
maka dier pon matiiii...
Setuju dgn x bpr perak.
quote:
BPR PI GEMPUR CEPAT CARI SAPE LAGI TAK PEPASAL DAPAT IC CAMTU!!!!
MARAH BETUL NIIIII......
"BRP tu apa...?
SPR haku tau la.. !!
yg menulis tu pun dah jauh ketinggalan bas tu haa!!!
"BRP tu apa...?
SPR haku tau la.. !!
yg menulis tu pun dah jauh ketinggalan bas tu haa!!!
~~> elllo bro..
BRP...?
BPR kut !!
xlain & xbukan..
BUMIPUTRA ROCKERS lorrr !!
Post a Comment