Si Kulilit Biawak Terus Menebal Buat Muka Tak Tahu Malu @tolakPR @cmlimguaneng


A.S KATA; DAH BANYAK KALI KELUARKAN ARTIKEL PASAL AUTA INI SEBELUM INI TAPI SI GUAN ENG INI MASIH TERUS BUAT MUKA TAK TAHU MALU DENGAN TIDAK MENERANGKAN HAL SEBENAR KEPADA RAKYAT.

UNTUK PRU13, A.S KENA USAHA LAGI UNTUK TERANGKAN HAL SEBENAR AGAR RAKYAT P.PINANG TIDAK TERUS DIPERDAYA.

APA PUNYA BANGSAT LA SEORANG KETUA MENTERI NI, JENIS KETURUNAN MUKA TEMBOK DAN SUKA DAPAT KREDIT HASIL ATAS USAHA ORANG LAIN.

Lim Guan Eng sekali lagi dilihat bermegah dengan belanjawan tahunan serta pengurangan hutang 95% negeri PulauPinang daripada RM630 juta kepada RM30 juta.

Yang tidak diterangkan kepada rakyat ialah pengurangan hutang negeri Pulau Pinang itu adalah inisiatif kerajaan BN Persekutuan yang sering dikritik oleh Lim Guan Eng DAP.

Seperti yang dinyatakan oleh DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia, Penskrukturan Semula Industri Air adalah satu inisiatif daripada pihak Kerajaan Persekutuan, untuk membantu dan memodenkan Industri Bekalan Air di Negara ini.

Perkara ini tidak diterangkan oleh Lim Guan Eg DAP kepada rakyat Pulau Pinang.

Pemodenan inisiatif kerajaan BN pusat itu bertujuan untuk merealisasikan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negara ke arah satu industri yang holistik dan efektif. Yang paling utama ialah Kerajaan BN persekutuan dapat menyediakan bekalan air bersih dan berkualiti kepada rakyat pada harga yang berpatutan.

Dek kerana itu, hutang kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah lebih daripada RM600 juta telah ditanggung oleh kerajaan BN pusat.

Perkara ini tidak diterangkan oleh Lim Guan Eng DAP.

Malah, yang lebih memalukan ialah hasil sejemput kerajaan DAP Pulau Pinang di dalam keberhasilan kerajaan BN persekutuan membantu kesejahteraan rakyat tetapi diangkat dan dianggap menjadi jasa beliau dan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kenapakah jasa Kerajaan BN Persekutuan disembunyikan semasa perincian tentang 'kejayaan' Lim Guan Eng DAP yang dapat mengurangkan hutang negeri tetapi dalam masa, turut mengutuk kerajaan BN persekutuan kerana bertambah hutang.

Rujuk di bawah :-

Jasa BN Persekutuan mengurangkan hutang negeri Pulau Pinang tapi Guan Eng buat tak faham

Realitinya, inisiatif penstrukturan air itu telah dimulakan pada tahun 2005 iaitu apabila Kerajaan BN persekutuan telah meminda Perlembagaan Persekutuan di mana perkara berkaitan bekalan dan perkhidmatan bekalan air dipindahkan dari Senarai Negeri ke Senarai Bersama.

Najib Razak juga telah menjelaskan bahawa dalam aspek kawal selia Perkhidmatan air, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 telah digubal bagi menjamin industri ini lebih berdaya maju dan efisien. Selaras dengan Akta ini semua entiti bekalan air negeri-negeri akan dikawal selia dan dilesenkan oleh SPAN.

Dek kerana inisiatif Kerajaan BN Persekutuan ini telah menghasilkan satu model industri perkhidmatan air negara akan menjadikan industri ini sebagai satu industri yang efektif, berdaya saing dan mapan, tambah beliau lagi.

Perkara ini tidak dibangkitkan oleh Lim Guan Eng DAP.

Perdana Menteri juga berkata,
Dengan termeterainya perjanjian penstrukturan semula industri bekalan air Pulau Pinang pada hari ini, Negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang ke 5 yang telah memuktamadkan perjanjian penstrukturan semula selepas Negeri Melaka dan Negeri Sembilan yang menandatanganinya pada bulan Disember 2008, Negeri Johor pada Mac 2009 dan Negeri Perlis pada Ogos 2010 yang lalu. 
Bagi negeri-negeri yang telah terlebih dahulu menandatangani perjanjian penstrukturan semula, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah memperuntukkan bajet bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan atau CAPEX lebih dari RM1bilion untuk sepanjang tahun 2010 sehingga April 2011. 
Penghijrahan Negeri Pulau Pinang ke rejim baru industri air negara ini sesungguhnya akan menjana pembangunan yang pesat dan dinamik bagi Negeri Pulau Pinang, khasnya di dalam industri air. 
Penstrukturan semula ini melibatkan pemindah milikan secara pajakan aset air Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bernilai RM655.2 juta kepada PAAB. 
Sebagai balasan, PAAB akan mengambil alih liabiliti air Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Kerajaan Persekutuan berkaitan bekalan air pada nilai yang sama. PAAB seterusnya akan menyewa pajak aset air ini kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) pada kadar sewa tahunan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Kata mudah, sesiapa pun yang mentadbir negeri Pulau Pinang ketika proses bantuan kerajaan BN Persekutuan akan dapat mengurangkan hutang negeri hasil daripada keprihatinan Najib Razak.

Tetapi Guan Eng bercakap seolah-olah beliau lah yang bersusah payah sejak tahun 2005 untuk memastikan Penstrukturan Industri Air. Dasar angkat bakul sendiri dan bakul itu bukan milik sendiri.

Tetapi satu perkara yang MiM respect DS Najib Razak ialah walau pun dikritik hebat oleh Lim Guan Eng DAP, Perdana Menteri masih dapat membezakan tugas rasmi dengan politik, tidak seperti Guan Eng DAP.

Najib berkata,
"Majlis pada hari ini merupakan rentetan kepada contoh kerjasama dan muafakat yang berjaya di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam merealisasikan pelaksanaan dasar penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara. Ia jelas menunjukkan teladan kerjasama yang kukuh dan cemerlang di antara kedua pihak bagi kemajuan negara serta demi kesejahteraan dan kebaikan rakyat. 
Sememangnya, kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan bagi Kerajaan. Saya berharap agar negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia akan segera turut serta dalam pelaksanaan Inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air oleh Kerajaan Persekutuan ini agar dapat meraih faedah yang sama bagi negeri masing-masing."
Sikap profesionalisme Najib Razak tidak sama dengan seorang lagi yang akan merengek mengadu disetiap artikel rasmi beliau seperti budak kecil yang kehilangan ais krimnya.

Sudah tiba masanya rakyat Pulau Pinang bangkit dan tolak pemimpin yang kononnya C.A.T. tetapi hakikatnya beliau adalah seorang yang cocky, arrogant dan tidak boleh dipercayai.

Malah, tindakan Guan Eng DAP yang cuba memberi rasuah RM50,000 kepada Tunku Aziz adalah di antara contoh yang kurang elok tentang sikap sebenar Setiausaha Agung DAP itu. Dr Mim

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...