ADUN MCA ini bakal dikenakan tindakan disiplin kerana menerima jawatan EXCO?



  
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Kiong yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor semalam bersedia menghadapi sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya oleh MCA.

 Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan dikatakan melanggar pendirian MCA yang enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan berikutan prestasi kurang memuaskan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

 Namun dalam masa yang sama, beliau turut berharap kepimpinan parti dapat memahami situasinya dan bersedia untuk menjelaskannya jika dipanggil untuk berbuat demikian.

 "Saya tahu sebagai ahli parti saya kena sentiasa mengikut keputusan parti terlebih dulu, tetapi dalam masa yang sama saya juga berharap pemimpin dan ahli MCA tahu bagaimana kedudukan saya sekarang. "Walau apapun saya kena hadapi juga keputusan yang bakal dibuat oleh pucuk pimpinan (MCA)," kata beliau.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu mengenakan tindakan disiplin ke atasnya kerana menerima pelantikan jawatan Exco itu. Chua dalam kenyataannya semalam, bagaimanapun mengakui pelantikan Siew Kiong adalah atas aspirasi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri yang mahukan barisan Exco negeri turut diwakili kaum Cina dan India. - Bernama

3 comments:

Faerie_Princess said...

kalau sultan/raja dh bg arahahan kena ada wakil cina dan india dlm exco.. kena la terima.. nk derhaka ke persoal titah sultan?

moses said...

ok lah tu.setidaknya apabila ada majlis yang memerlukan kehadiran seorang wakil bukan islam dah ada org yang boleh hadir.tak nntkan boleh jadi isu pula.

Anonymous said...

MANA TITAH PERLU DIJUNJUNG ?? TITAH CHUA SOI LEK KE TITAH SULTAN ??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...