Hiasan.. |
Seorang lelaki yang dipercayai anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditahan selepas dia menyamun dengan sabit sebuah Kedai 24 jam di Lebuh Pantai di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan pada mulanya terserempak dengan suspek yang menutup mukanya dengan bajunya sambil tergesa-gesa keluar dari premis itu sebelum melarikan diri dengan sebuah Perodua Myvi, kira-kira 5 pagi.
"Anggota kita yang mengekori suspek berjaya menahan suspek yang berusia 26 tahun itu di lampu isyarat Lebuh Carnavon tidak jauh dari lokasi kejadian. "Hasil pemeriksaan ke atasnya mendapati suspek turut memiliki sebilah sabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata sabit itu dipercayai digunakan untuk mengugut pekerja kedai itu untuk menyerah hasil jualan premis berkenaan.
Suspek yang sudah berkeluarga dan tidak mempunyai rekod jenayah kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda serta sebat jika sabit kesalahan. - Bernama
3 comments:
hoi pukimak Anak Haram Seberang,aku tau la dalam MPPP ni banyak antaranya adalah pengikut kuno umno yang masih dok dalam MPPP ni,,,
Hoi Anon 7.17pm, seronok lah hang no, MPPP ni lah yg digunakan oleh kerajaan komunis penang sejak 2008 dulu dok roboh perniagaan Melayu di Penang sebab depa takut melayu banyak duit dan beli harta kat pulau.
Depa nak bangsa depa jaa dok kat pulau tu, hang pun tak layak aihh nak duduk kat situ (kalau hang melayu laa), jgn nak tunjuk taksub sgt dgn tokong/LGE hang tu.
heheheeee kesian kat anon May 18, 2013 at 7:17 PM
Post a Comment