Azmin sifatkan pelantikan MB Selangor tak telus, bantah nepotisme dalam PKR



Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghantar senarai calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor semalam dilihat membelakangkan pandangan barisan kepimpinan parti itu kerana tiada langsung mesyuarat diadakan bagi membincangkannya.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, beliau menyatakan demikian kerana tidak mahu amalan nepostisme berlaku dalam parti itu.

Walaupun menerima hakikat pemilihan Menteri Besar Selangor memerlukan persetujuan daripada DAP dan Pas, beliau mahu proses penyenaraian calon bagi jawatan itu dilakukan secara telus.

Dalam sidang akhbarnya di sini hari ini, Azmin bagaimanapun menolak khabar angin bahawa beliau akan keluar PKR sebaliknya menegaskan, beliau akan tetap bersama parti itu.

"Dalam Keadilan, kita berani memberi kritikan, saya tidak mengkritik tanpa asas... adakah ia suatu kesalahan? Sekarang ini mandat sudah jelas di Selangor, ayuh laksana mandat rakyat," katanya yang merujuk kepada beberapa mesej Twitter miliknya kelmarin yang menimbulkan pelbagai spekulasi. -

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...