Guru Ajuk Aksi Pondan (Bobo) Di Hadapan Murid wajar Dihukum! (Video)




Kecewa + sedih bila melihat hiburan melampau menular di sekolah dan aktiviti yang tidak senonoh seperti ini direstui pula oleh guru-guru SMK Subang Bestari. Apa akan jadi pada pemimpin Malaysia pada masa hadapan jika guru-guru asyik tengok drama/artis/konsert korea-jepun-indon-melayu pada masa lapang dan bukannya memperkasakan diri dengan ilmu yg bermanfaat utk kemajuan diri dan anak murid. Apabila disuruh kerja lebih masa meroyan satu Malaya.

Rosak akhlak anak orang Melayu kalau macam ni. Apakah minda masyarakat kita terlalu lemah dan mundur sehinggakan perkara sebegini boleh terjadi di sekolah? Sangat mengecewakan dan memilukan hati.

Tak senonoh, serius tak senonoh. Apa salahnya kalau buat program dengan ex student yang dah berjaya sambung belajar, buat program motivasi ke, sukaneka ngan diorang ke. Ada jugak faedahnya. Apa pengisian yang anda dapat bila buat yang macam dalam video tu?

Guru adalah contoh kepada anak murid. Rosak guru maka rosaklah muridnya. Terkinja-kinja di atas pentas, menari tarian yang kebudak-budakan, menjemput artis yang tidak sepatutnya, menyanyi lagu yang berunsurkan nafsu dan mengagungkan unsur yang menjijikkan, maka guru-guru seperti ini wajar dikritik!

Adakah guru itu tuhan sehingga tidak boleh dikritik/dipersoalkan? Kepada pegawai di Kementerian Pendidikan sila ambil perhatian dengan kes sebegini. Dicadangkan agar semua guru di sekolah terbabit dikenakan tindakan disiplin kerana merosakkan moral murid-murid dan menanamkan sifat-sifat yang tidak elok pada anak murid.

Sumber

2 comments:

Anonymous said...

AWatlah teruknya guru-guru yang panggil pondan tu,buatlah perkara yang faedah sikit kalau nak rosak guru biarkanlah, janganlah nak merosak anak murid, eiii seramnya.

Anonymous said...

salam.
pihak tuan puan tidak mengetahui perkara sebenar. jadi tidak perlu membuat cerita sebarangan.
mohon delete post ni sebelum tindakan lebih lanjut dilakukan ke atas blog tuan puan :)
terima kasih atas kerjasama tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...