Indonesia tidak iktiraf keputusan PRU 13?
KUALA LUMPUR 10 MEI: Media Indonesia, Pesatnews.com melaporkan, himpunan besar-besaran di Malaysia Rabu lalu bagi menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri, mirip demo bantahan rakyat negara itu yang mahu bekas Presiden Soeharto digulingkan.
Menurut laporan tersebut semalam, himpunan raksasa itu majoritinya dihadiri golongan muda, menuntut perubahan dan menolak penipuan pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu, BN menang dengan 133 kerusi Parlimen daripada 222, berbanding Pakatan 89 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, kemenangan BN itu dibantu dengan penipuan isu dakwat kekal yang luntur, pengundi hantu, pengundian berulang kali dan warga asing yang turut mengundi kerana diberikan kad pengenalan.
Laporan itu turut menyatakan, kemenangan BN tidak mewakili pilihan rakyat kerana Pakatan berjaya memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN hanya 5.24 juta sahaja.
“Anehnya, dalam pilihan raya yang dinilai penuh kecurangan tersebut, Barisan Nasional di bawah Najib Razak menang dengan 133 kerusi dari 222 kerusi Parlimen, melebihi batas minimum 112 kerusi untuk membentuk pemerintahan.
“Lebih aneh lagi, meskipun menang, Barisan Nasional ternyata bukanlah pemenang undi terbanyak, apabila meraih 5.24 juta undi, sedangkan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim memperoleh 5.62 juta undi,” kata laporan itu dipetik.
Sementara itu, pengulas politik Malaysia, Dr Rahmat Ismail yang ditemubual akhbar tersebut menyarankan kepada kerajaan Indonesia, supaya tidak mengirimkan ucapan tahniah kepada Malaysia ekoran kemenangan BN yang penuh dengan penipuan dan penyubur rasuah negara.
Katanya, pemerintahan regim Najib tidak ubah seperti diktator apabila mengongkong media dan suara rakyat untuk menuntut perubahan dalam pilihan raya lalu.
Rahmat berkata, ekoran kemenangan BN itu, Malaysia tidak mampu untuk membendung ketirisan dan rasuah berleluasa kerana Umno BN adalah parti korup.
A.S kata, Indon tak payahlah sibuk hal negara orang dan macam biasa INDON takkan sokong Malaysia dalam hal ini.
Anuwar dah pergi sana kawtim awal lagi dengan pemimpin dan media Indon.
Apsal yang bengap sangat ni tak reti bezakan undi elektoral dengan undi popular? alahai...
Tak rugi apa pun tanpa tahniah dari Indon... cermin negara mereka sendiri dulu sebelum mengulas negara orang lain..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Wahai Indon....
sila benahi dulu negara kalian yang hampir hancur karena KORUPSI yang sudah parah menanah.
Gak perlu sibuk dan ngurusin negara lain. Ngaca dulu dikaca terbesar indon siapa diri kalian.
Kami sama sekali gak butuh tunjuk ajar kalian soal mengurus negara apalagi nyentuh soal korupsi.
Dasar indon bego.
aduss....cari makan kat negeri orang...lagi mahu tunjuk pandai....
Kalian mau bicara soal korupsi di negara orang .. cermin dulu korupsi di negara kalian....kasus Gayus umpama nya contoh terbaik...kalian sokong oposisi di sini ..kalian selideki siapa yang sebabkan wujud nya negara Timur Leste...
negara sendiri lagi korup... penuh rasuah... buat pasport pun kene bg rasuah... ape pun tak boleh...
Negara yang korup dah tentu cari rakan yang korup..
Ini pandangan pemerintah atau pandangan golongan yang sudah diupah oleh seseorang? Kalau pemerintah, sangat dikesalkan sekali. Tapi saya tak percaya ini pandangan pemerintah Indonesia. Karena di tingkat atas, persahabatn antara Malaysia dan Indonesia amat erat sekali. Oleh itu saya berkeyakinan ini adalah pendapat manusia upahan di sana. Kalau anda tak faham perjalanan dan salur galur politik negara orang, tak usahlah ikut campur. Pemilu di Malaysia tidak sama dengan Indonesia. Malaysia menggunakan sistem state, sedangkan Indonesia tidak. Harap anda belajar dulu, baru membuat komentar. Jangan rosakkan hubungan Indonesia dan Malaysia.
Kalau memang bukan suara pemerintah Indonesia, harap bapak2 di sana memantau kekurang ajaran penulis ini.
NIE LAH BANGSA YANG TAK SEDAR DIRI..BAK PERUMPAMAAN " NYAMUK DI SEBERANG LAUT BOLEH NAMPAK TAPI GAJAH DI TEPI MATA MEREKA TAK TAHU.....
MACAM "PRU" DI INDON BERSEH BENAR.... NAK AMBIL TAHU HAL NEGARA TETANGGA.. INI GARA-GARA ORANG YG KECEWA TAK DAPAT JADI PM LE.....
To indonesian govt... Hahaha... Ada aku kesahhh??
Saudara admin,
Saya adalah bekas pelajar Malaysia di Indonesia dari 1995-2002.
Saya berada di sana menyaksikan pemilu (pemilihan umum) ke 7 & 8.
Pada pendapat saya Indonesia tidak boleh membandingkan pemilu 7 Indonesia dengan Pilihanraya Umum 13 Malaysia, adalah memalukan jika itu masih dilakukan.
Sistem Pemilu dibawah Orde Baru: 3 parti bertanding, Golkar, PDI, PPP.
Sistem pilihanraya dan pengiraan undi yang diamalkan pada waktu itu adalah mencurigakan, Golkar dipastikan mendapat majoriti melebihi 60% pada setiap pemilu- 62.11% pada pemilu 1977 sehingga penipuan menjadi kebiasaan dan tidak terkawal pada 1997- 74.51%.
Secara logiknya dinegara besar dengan penduduk melebihi 200 juta terdiri dari berbagai bangsa, majoriti melampau begitu adalah tidak mungkin.
Akibat dari sistem pilihanraya yang buruk dan ketidakpuasan hati rakyat kepada pemerintah, Soeharto jatuh pada 1998.
Perbandingan: pilihanraya 2009, PD cuma mendapat 20.85% dengan Golkar ditempat kedua mendapat 14.45% dari undi popular.
Keadaan pada pasca pilihanraya 1997 yang membawa kejatuhan Soeharto pada 1998 adalah TIDAK didapati pada pasca pilihanraya umum 2013 Malaysia untuk membawa kejatuhan UMNO BN dan DSN.
TERIMA KASIH.
Post a Comment