Lagi Kes Air Asia Buat Naya. Kali Ni Melibatkan Jemaah Umrah Pula..


Sekumpulan jemaah umrah kecewa apabila syarikat penerbangan murah AirAsia X didakwa membatalkan jadual penerbangan untuk kembali ke tanah air atas alasan ‘sebab komersial’.

Penumpang yang mewakili kumpulan umrah tersebut, Mansor Abu Bakar berkata, kejadian itu berlaku semasa keluarganya seramai 11 orang menunaikan umrah dengan menaiki AirAsia X pada 30 Mac dan sepatutnya pulang pada 13 April lalu.
”Kami sepatutnya pulang 13 April lalu tetapi dimaklumkan penerbangan itu telah dibatalkan dan ditawarkan dua pilihan iaitu sama ada balik awal pada 9 April atau lebih lewat pada 16 April,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, keadaan itu menimbulkan masalah kepadanya dan 10 lagi ahli keluarganya termasuk seorang yang uzur selain dua bayi, masing-masingnya berusia tiga bulan dan dua tahun.
”Pembatalan itu juga hanya dimaklumkan melalui e-mel yang dikeluarkan atas nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani dan alasan pembatalan ialah ‘sebab komersial’, tanpa penjelasan lanjut yang dilihat tidak munasabah.
”Nasib baik saya dapat menyemak e-mel, jika mereka yang tidak ada kemudahan internet bagaimana?,” katanya.
Menurutnya, tawaran AirAsia X itu juga menimbulkan masalah kepada mereka iaitu sama ada mahu menanggung kerugian atau terpaksa menambah lagi kos berada di tanah suci itu.
“Jika balik penerbangan awal, bermakna kami rugi dari segi bayaran hotel dan makanan yang telah dibayar awal-awal lagi kepada pihak di Mekah dan jika balik pada 16 April pula, kami terpaksa bayar lebih untuk hotel dan makanan selama empat hari tiga malam,” katanya.
Sabtu lalu, AirAsia juga menjadi kritikan ramai ekoran insiden malang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan bayinya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan yang dilarang kakitangan AirAsia menaiki pesawat AK 1455 di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam.
Tambah Mansor, AsiaAsia X juga tidak memberikan sebarang pampasan ekoran pembatalan itu kerana perkara tersebut dikatakan terkandung dalam terma dan syarat pembelian tiket dan jika mereka ada membeli insurans disuruh membuat tuntutan dengan syarikat berkenaan.
”Kami sekeluarga telah merayu kepada AirAsia X untuk memberi ganti rugi untuk hotel tetapi tidak dihiraukan langsung.
”Saya terpaksa mengeluarkan kira-kira RM15,000 untuk menampung kos penginapan dan perbelanjaan bagi hari yang terpaksa ditambah,” katanya.

4 comments:

Anonymous said...

Sebab sebab komersial :

1.Tak cukup penumpang
2. Cukup penumpang untuk full paying passengers,maka 11 orang penumpang tambang murah kena bump off
3.tak cukup duit nak bayar yuran pendaratan.
4.agen umrah tak lunaskan bayaran kpd air asia.
5. pesawat yang di jadual kan itu telah di divert-kan kapada route yang saaaannnnngat menguntung kan .
6. penerbangan gantian itu ada ramai lagi penumpang umrah .
7.Mereka tengah mengumpul sebanayak mingkin penumpang untuk penerjababgan jadual asal tapi tak cukup, kerana 11 orang saja. salah scheduling dan load planning kerana mana ada sistem
8. kesemua alasan tersebut di atas.
9.yang penting --- untung aku punya, rugi ko rang tanggung. ini falsafah kaum sasaran BBC.
arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

maybe it's time to boycott air asia and all it's subsidiaries....

Anonymous said...

AIR ASIA X?hahahahahaahha

Anonymous said...

AIR ASIA X, makanan nya status HALAL sangat meragukan. Lihat saja CEO nya penyokong LGBT... semua boleh.... adakah makanan tak halal pun boleh..?
Sebabnya keuntungan diutamakan....
atas permintaan pelanggan ,CEOnya kata babi pun boleh hidangankan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...