Timbalan Presiden & Pesuruhjaya Pas Negeri Kena Sailang.. (video)


Senarai terbaru barisan ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri Selangor telahpun dikeluarkan. Tahniah kepada mereka yang terpilih. Aku tak berminat nak buat analisis portfolio atau pengalaman mereka,mahupun team siapa yang terpilih.

Cuma yang musykil dan pelik adalah 2 tonggak penting Pakatan Haram diSelangor yang selama ini bekerja keras untuk parti iaitu Azmin Ali selaku seorang Timbalan Presiden Pkr Pusat boleh diletakkan ditepi seperti kain buruk sahaja manakala Dr Rani selaku pesuruhjaya Pas Selangor juga terus dipinggirkan umpama melukut di tepi gantang.

Sudah pasti ada yang tak kena dalam perlantikan exco ini. Bagaimana 2 tonggak utama dalam parti pakatan yang memimpin kepada kejayaan menang di Selangor dengan bergaya dikesampingkan begitu sahaja. Pakatan haram sebenarnya bermasalah dengan perebutan jawatan dan cantas mencantas yang cukup kronik sesama mereka.

Resam dunia, manusia akan diuji dengan takhta, harta dan wanita. Bila berkuasa mereka akan lupa segalanya. Rakan sebantal boleh ditikam dari belakang. Segala jasa dan pengorbanan langsung tak dipandang. Itulah Pakatan Haram.

Rakyat Selangor silap besar memilih mereka semua ini. Contoh mudah, baru beberapa minggu memerintah, harga caj parking pun depa gamak naikkan sesuka hati. Benda yang kecik pun mereka kebulor nak kedarah duit rakyat.

Tahniah kepada mereka yang terpilih...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...