(7 gambar) Kemesraan DS Zahid Hamidi Bersama Guan Eng & Kit Siang di Penang


Tengahari tadi selepas dari  menghadiri Majlis Perasmian Penjara Seberang Perai yang dilakukan oleh TYT Gabenor Negeri Pulau Pinang berhampiran Nibong Tebal, DS Zahid yang juga Menteri Kementerian Dalam negeri sempat meluangkan masa hadir ke kawasan runtuhan rod penebat kilat di Menara Umno Pulau Pinang di Jalan mcalister. Turut hadir sama, Dato Musa Sheikh Fadzir Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang.

Seperti yang DS Zahid tegaskan, walaupun berlainan parti dan ideologi  fahaman politik, perkara yang melibatkan hal kemanusiaan seperti tragedi ini perlulah semua bersatu. Itu yang paling penting. Keprihatinan DS Zahid terhadap tragedi ini amatlah dihargai termasuklah di kalangan majoriti kaum cina di kawasan berhampiran tapak kejadian.

Cuma sebagaimana rakan blogger MatKilauPenang persoalkan, mai kot mana la Si Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah nun jauh di Selatan tu yang nampak kelihatan sedikit menyibuk.

Bersangka baik ajelah. Mungkin beliau nak bersama meluangkan masa bersama anakndanya bersama cina Penang.







4 comments:

Carlos Santiago said...

NANTI ada macai yg bengap buat konspirasi taik.

Hasnul Rahman said...

Salam 1Malaysia,
Lihatlah 'senyum publisiti' dua beranak tu ketika bersalaman dan mengiringi YB Zahid.
Kalaulah Zahid pakai songkok ketika itu, tak mustahil dua beranak itu juga akan pakai songkok. Macam Lee Kuan Yew ketika berkempen meraih undi Melayu di Singapura dulu-duluuuu....
Hampehhhhhh.....

Anonymous said...

MANA DATO NON PANJANG ??

Unknown said...

Bagusnya kalau begini selalu. Tidak perlu lah terus berperang lidah. Bagus lagi bersatu menjadikan Malaysia dan rakyatnya bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...