Fakta Menarik Mengenai Pemberian Tan Sri Kepada Ustaz Azizan semalam


A.S KATA, DALAM SEJARAH PAS SEBAGAI SEBUAH PARTI POLITIK DI MALAYSIA, INILAH KALI PERTAMA SEORANG PEMIMPIN PAS DIANUGERAHKAN DENGAN GELARAN TAN SRI.
SUATU GELARAN YANG DIBERI TERHADAP PEMIMPIN PAS YANG BERJASA DAN TIDAK MENGAMALKAN POLITIK PECAH BELAH,PERMUSUHAN DAN MEMAKI HAMUN.

TAHNIAH TAN SRI USTAZ AZIZAN.. SEMOGA KEMBALI PULIH KESIHATANMU UNTUK TERUS BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT..

ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemimpin Pas pertama dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri.

Bagaimanapun, Azizan belum dimaklumkan berhubung pengurniaan darjah kebesaran itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda, semalam.

Isterinya, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah berkata, ini kerana Azizan perlu berehat panjang dan lebih banyak tidur selepas menjalani rawatan dialisis, semalam.

“Saya dikejutkan dengan berita ini menerusi panggilan telefon rakan-rakan yang ucapkan tahniah," katanya, sambil ucap jutaan terima kasih kepada Tuanku Abdul Halim.

“Saya terharu kerana jasa dan pengorbanan Azizan dihargai pihak istana yang mengurniakan gelaran Tan Sri. Ini menunjukkan Azizan tetap diingati ramai pihak walaupun sakit dan tidak lagi menjadi menteri besar,” katanya.SH

Menurutnya, penghargaan ini menunjukkan ramai pihak menyenangi kepimpinan Azizan, termasuk pendekatan beliau dalam menerajui Kedah selama lima tahun lalu.

“Azizan memang mesra dengan semua pihak tanpa mengira fahaman politik. Beliau selalu bincang isu rakyat dengan pemimpin setempat walaupun tidak sealiran dalam politik,” katanya.

Bekas setiausaha politik Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan adalah penerima pertama dari kalangan pemimpin Pas.

“Dijangka Azizan akan mendapat khabar gembira ini apabila dimaklumkan oleh isteri beliau, esok (hari ini) selepas beliau lebih segar. Beliau masih letih setelah rawatan dialisis buah pinggang,” katanya.

Azizan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, adalah antara 45 individu yang menerima darjah kebesaran PSM, yang merupakan antara darjah kebesaran tertinggi negara dan hanya dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

2 comments:

Anonymous said...

Thaniah pada Datuk atas perberian darjah kebesaran negara yang membawa gelaran Tan Sri. Semoga Tan Sri Azizan kembali sembuh dan dapat merasai akan pengiktirafan negara kepada dirinya.

Anonymous said...

TOKGURU NESTI JELES TAHAP GABAN SEBAB JASANYA YG BANYAK TIDAK PULA DIBERIKAN. NAK BUAT MACAMANA TOK GURU SEBAB ANDALAH ORG YG MENGGALAKKAN PERPECAHAN JADI LAH ORG TUA TAK SEDAR DIRI SAMPAI KELIANG LAHAT DATU. KENAPA PENDAPAT TOK GURU SELALU BERLAWANAN DGN AHLI SUNNAH WA JAMAAH. ADAKAH TOK GURU MEMUSUHI ORG AHLI SUNNAH WA JAMAAH? SEDIH SAYA TOK GURU MENGALAKKAN PERPECAHAN DI MALAYSIA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...