Himpunan Haram Black505 Yang Hambar Tamat, 30 Khemah Haram Pula Didirikan
Dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari sekumpulan peserta perhimpunan anjuran pembangkan kerana cuba menghalang mereka mendirikan beberapa khemah di Padang Merbok, di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, sekumpulan peserta daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) cuba mendirikan beberapa khemah menyebabkan dua anggota DBKL menghalang perbuatan mereka.
Akibat tindakan itu, katanya, keadaan menjadi kecoh dan anggota DBKL telah dikasari. "Dua anggota penguatkuasa DBKL telah dipukul dan sekarang berada dalam van DBKL," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun tidak diketahui tahap kecederaan yang dialami dua anggota penguatkuasa itu.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan hari ini setelah pihaknya mendapat maklumat bahawa pihak penganjur mengarahkan semua peserta perhimpunan mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa yang ditugas mengawal keadaan.
Perhimpunan di Padang Merbok berakhir kira-kira jam 6 petang tadi. Namun apabila peserta lain bersurai, kira-kira 30 buah khemah telah didirikan di atas padang tersebut.
Dipetik Malaysiakini, Jurucakap Solidariti Mahasisiwa Malaysia (SMM) Ehsan Bukharee berkata, mereka menjangkakan seramai 100 orang yang akan berkhemah pada hari ini.SH
A.S KATA, PIHAK DBKL JANGAN BAGI MUKA. MAU DUK PERHAMBAT BUANG MAHASEWEL BIADAP NI SEMUA DARI LOKASI BERKENAAN. JANGAN BERLEMBUT LAGI. MAKIN DILAYAN MAKIN NAIK LEMAK!
AGENDA MEREKA NAK BERTAHAN SAMPAI HARI ANGKAT SUMPAH PARLIMEN UNTUK BUAT KACAU PADA ISNIN INI.
KALAU ADA TELOR, DESAKLAH AHLI PARLIMEN PAKATAN HARAM JANGAN ANGKAT SUMPAH JIKA BENAR SISTEM PILIHANRAYA PADA PRU13 TERBUKTI MENIPU DAN TAK TELUS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment