Naib Presiden Pas, Husam Musa yang ditahan polis di Pandan jam 4:00 petang tadi kemudian ditahan di Balai Polis Ampang kini sedang dibawa polis ke Kota Bharu Kelantan kemungkinan untuk dihadap ke mahkamah di Kota Bharu esok.
Menurut maklumat Husam dibawa dengan kereta polis berlepas dari Ampang baru sekejap tadi. Beliau ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran ucapan beliau pada perhimpunan di Ketereh minggu lepas.
Husam yang sepatutnya berucap di perhimpunan Black505 di Padang Merbok tengah hari ini tidak sempat berbuat demikian. Ketiadaan Husam di perhimpunan tadi menjadi tanda tanya kerana beliau dikatakan antara pemidato utama. -MSO
Pada aku polis telah melakukan satu tindakan yang amat wajar sekali. Penghasut ini harus dibicarakan dengan kadar segera. Tidak perlu berlengah lagi. Janganlah macai pakatan tuduh polis zalim pula kerana Husam sebenarnya yang jelas membodohkan dirinya zalim terhadap diri sendiri.
Sudahlah menghasut satu hal, pihak jabatan agama juga boleh mengenakan tindakan diatas kesesatan Husam mengeluarkan fatwa yang amat songsang dan mengelirukan bagi menghalalkan kehadiran ke himpunan haram ini.
Namun berdasarkan laporan rakan blogger yang lain, himpunan ini ternyata amat gagal kerana kehadiran yang disahkan oleh pihak polis adalah sekitar 10,000 orang saja. Jelas di sini rakyat dah muak, rakyat dah bosan dengan permainan politik yang jelas tiada kesudahan dan merugikan negara.
Jauh sekali sasaran sejuta orang yang disasarkan.
Kesihan..
No comments:
Post a Comment