Tu Dia! UMNO Penang Desak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Dibubarkan Terus!


Georgetown: UMNO Pulau Pinang mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibubarkan kerana gagal memainkan peranan mengawasi penularan fitnah dan hasutan di internet yang boleh mencetuskan perbalahan kaum serta agama.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata kewujudan SKMM tidak membawa sebarang fungsi kerana sehingga kini tiada pihak atau individu didakwa di mahkamah walaupun mempunyai bukti untuk kesalahan itu. 

Beliau berkata, kuasa terhadap SKMM yang diperuntukkan menerusi undang-undang tidak digunakan menyebabkan organisasi berkenaan dilihat gagal walaupun laporan sudah dibuat oleh pelbagai pihak. 

Rugikan wang rakyat 

“Kalau tidak boleh mengawasi dan mengambil tindakan ke atas pihak yang mencetuskan ketegangan kaum dan agama dalam internet atau laman sosial, lebih baik SKMM dibubar saja. 

“Kewujudan badan sebegini hanya akan merugikan wang rakyat kerana tidak berfungsi mengikut matlamat yang ditetapkan pada awal penubuhannya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.BH


A.S KATA, ADA PRO DAN KONTRANYA CADANGAN INI. MUNGKIN TOK MUSA DAH TERLALU BENGANG DENGAN KEGAGALAN SKMM MENGENAKAN TIDNDAKAN YANG SEWAJARNYA TERHADAP PIHAK YANG MENCETUSKAN PERBALAHAN KAUM DAN AGAMA SERTA PENGHINAAN TERHADAP INSTITUSI DIRAJA.

CARA YANG MUDAH UNTUK MENJAWAB DESAKAN INI, SKMM SELEPAS MENERIMA TEGURAN INI SEHARUSNYA LEBIH BERSIKAP PROAKTIF DAN TEGAS DALAM MENGUATKUASAKAN TINDAKAN BERDASARKAN LUNAS UNDANG UNDANG YANG TELAH DIPERUNTUKKAN KEPADA MEREKA.

INI HARUS DILAKSANAKAN BAGI MENJADIKAN SKMM TERUS DIYAKINI RAKYAT.

8 comments:

koh said...

biasala... dlm SKMM pun ada orang pembangkang juga...

Anonymous said...

Mmg patut bubar...yg dok hina nabi tu dah tangkap ke blm???

Anonymous said...

wat apa hangpa suruh SKMM tu bubar sepatut hangpa desak depa yg bkerja di SKMM,Pengerusi,Ahli Lembaga Pengarah,Pengarah Urusan ke Ketua Pegawai Eksekutif ke dah tak wat kerja letak jawatan.SKMM baguis mgkin org2 SKMM tak baguis atau depa yg lantik org2 ni pun tak baguis kot...

Anonymous said...

Depa berani kalau nak tangkap melayu aje kalau cina dan india peguam akan mengiringi dan macam-macam punya geng akan masuk campur.

Anonymous said...

Tak masuk mahkamah, salah Peguam Negara kot...

Anak Malaysia said...

Percaya kat SKMM sama seperti percaya kat 'jaminan' AG.

Saya dah beberapa kali buat lapuran rasmi kat SKMM tentang posting yang 'tak elok' ni dan jawapan depa, -kami akan ambil tindakan.

Seropa kan..?

AG, sampai la ni 3 orang dalang Lahad Datu tu masih tak kena charged. Zahid Hamidi umum pasai 3 orang tu sebelum PRU13 lagi.
Esok, para MP dah nak angkat sumpah. Tapi AG masih dok senyap jugak.

Anonymous said...

Mari kita doakan supaya yang jahil dicelikkan, yang berilmu diinsafkan dan kita terpelihara daripada fitnah dan buruk sangka akibat maklumat yang tak cukup.. ameen..

AdD said...

Assalamualaikum bijak pandai sekelian....
Fungsi SKMM bukan semata-mata nak jaga masalah2 org bijak pandai yg xreti berfikir sebelum mengeluarkan pendapat2 yang berbaur hasutan dan sebagainyer...
Kalau SKMM dibubarkan, sile jgn komplen jika bil telepon, internet, bil astro kita semua naik yer...
Sile selidik dulu, sebelum mengeluarkan pendapat masing2..
Kaji dulu fungsi SKMM yg sebenarnya sblm membuta tuli nak bubarkan SKMM..
Nonsense...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...