ANWAR! Liang Pertahan Dakwaan KAU Memang Ada 20 Akaun Bank Di Luar Negara


Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng mempertahankan pendedahannya di Dewan Rakyat mengenai dakwaan yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank luar negara.

Menurut Liang, tujuannya mendedahkan dakwaan berkenaan bagi mendesak kerajaan menyiasat kebenaran maklumat yang diperolehinya daripada Internet kerana tidak mahu berlakunya campur tangan kuasa asing dalam politik Malaysia.

Tegas Liang, campur tangan kuasa asing merupakan perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh kerajaan dan memerlukan siasatan yang telus bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

"Dalam Internet ada tuduhan bahawa Anwar memiliki 20 akaun di luar negara yang berjumlah ratusan juta semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan sembilan akaun itu berada di Israel National Bank.

Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel jadi apa kaitan Anwar dengan Israel?

"Isu-isu campur tangan asing inilah yang saya minta penjelasan dan jawapan konkrit daripada kerajaan. Sekiranya benar ada kuasa ketiga hendak menumbangkan kerajaan, kita tidak boleh memperlekehkan perkara keselamatan dan kedaulatan ini," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Pada Selasa, Dewan Rakyat menjadi gamat selepas dikejutkan dengan dakwaan Liang bahawa Anwar mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Menurut Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan Wikileaks itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel dan China yang lengkap dengan maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Mengulas mengenai hasrat pembangkang untuk mengheretnnya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen, Liang berkata, tindakan itu bertujuan menghalang kerajaan daripada melakukan siasatan mengenai campur tangan asing dalam politik di negara ini.

"Saya dapat maklumat ini daripada Internet, Anwar boleh cakap maklumat ini tiada dalam Wikileaks tetapi saya memohon siasatan oleh kerajaan mengenai campur tangan kuasa asing dalam politik di negara ini," katanya.

"Saya cuma minta penjelasan dan terpulang kepada kerajaan, saya tiada masalah untuk meminta maaf sekiranya siasatan mendapati maklumat ini tidak benar. Tapi kalau ada orang yang disabitkan kesalahan (kerana berkomplot dengan kuasa asing) dan dibuktikan ada bersalah, dia hendaklah dijatuhkan hukuman sebagai pengkhianat negara," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

ooi anak seberang ! kau anak jawa seberang yang bangang ke ? kau x tengok ke youtube mengenai anwar telah mencabar cina tu membuktikan pertuduhan tersebut...sehinggakan cina tu x berani nak menjawab...Memang otak spesis banganglah semua pencacai umnogok ni.

Anonymous said...

Dah kena kencing berkali kali pun pencacai peliwat ni tak sedar diri. Anwar berani cabar masa Liang tak ada dlm dewan. Pencacai peliwat tak tonton you tube sampai habis tu. Liwat tetap Liwat!!!

Anonymous said...

anon July 3, 2013 at 11:27 PM, kesian pulak bila aku baca ayat ngko tu....hahahaaaaa dh mmg pncacai anwar....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...