PRK Kuala Besut. Analisa Ikut Peti Undi Buktikan Pas Amat Sukar..


Pada pendapat saya amat sukarnya PAS untuk menawan DUN Kuala Besut berdasarkan semacam sentimen prokial di antara PAS Kawasan Besut dan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu. Ini ditambah pula dengan Kawasan Parlimen Besut dan Setiu merupakan kubu kuat UMNO di Terengganu. Saya kira BN mempunyai 99.9 peratus peluang untuk memenangi berdasarkan keputusan PRU lalu. Penyertaan PAS dalam Pilihan Raya Kecil yang diadakan pada 22 Julai 2013 sekadar penyertaan untuk memeriahkan demokrasi sahaja.

Paling kuat BN di Peti Undi Seberang Barat Luar yang dimenangi dengan majoriti 756 undi. BN mendapat 1675 undi berbanding dengan PAS hanya 919 undi. Manakala Peti Undi Tok Saboh pula BN menang dengan majoriti 617 undi. BN memperolehi 1679 berbanding dengan PAS hanya 1062 undi. 

Di Peti Undi Pulau Perhentian, kawasan perlancongan utama di Terengganu BN menang dengan majoriti 269 undi, apabila parti komponen dominasi UMNO berjaya memperolehi 448 undi berbanding dengan PAS hanya 179 undi.

Apa yang boleh dibanggakan oleh PAS ialah berjaya memenangi Peti Undi Kampung Nangka dengan majoriti 79 undi. PAS memperolehi 575 undi berbanding dengan BN hanya memperolehi 496 undi. PAS juga menang di Peti Undi Bukit Puteri yang menempatkan kem tentera udara dengan majoriti 90 undi. Di peti undi itu PAS memperolehi 1102 undi berbanding BN hanya 1012 undi.

Berbanding PRU12 BN menang di kesemua peti undi tetapi PRU13 PAS berjaya menang dua peti undi.-emel pembaca.. Ali Man

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...