Sekarang ni semakin banyak produk diclaim guna alquran. samada air atau produk kecantikan. duk claim dibaca 30juzuk alquran. untuk melariskan jualan atau betul2 nak sembuhkan penyakit?
Rosak habis isi dunia
agama jadi dagangan
guna nama Islam untuk jadi kaya
guna Islam untuk jadi pemimpin
guna Islam untuk disanjung
7 comments:
Siapa silap , apakah perana jakim hanya penetu aras hala haram sahaja ?
'Tok guru'
'Dibacakan ayat-ayat Quran'
'Mengikut sunah'.....
Alahai mudahnya Melayu diperbodohkan.
Jual agama, jual ilmu agama, dusta atas nama agama utk kepentingan dunia berleluasa, kerana kejahilan merata, ummah awami terlalu mudah ditipu dan tertipu. Salah siapa, salah kita semua. Salah kita yg tidak memperdalam ilmu agama. Salah kita juga yg tidak memberi didikan agama yg sempurna kpd anak anak kita. Kejahilan ummah jadi modal perdayaan.
Kalo tak silap aku ada air alQuraan...harga lk RM10. Sepatutnya Kerajaan haramkan penjualan air yg menipu ini...yang menyalahgunakan ayat quraan. Begitu juga penyalahgunaan nama pada bahan-bahan kecantikan...minuman dan filem dan sebagainya. Mereka mencari duit dengan cara yang senang...hanya claim baca 30 juzuk alquraan.Sikit hari lagi akan ada Rebus alquraan dan tapis airnya...dan jual...atau bakar alquraan dan tapis airnya dan jual...harap pihak yg berkuasa haramkan serta merta...
Aiikkk, ada kemenyen Makkah? Setahu aku lah, kemenyan ni adalah mainan syaitan. Itu yang dikatakan oleh beberapa ustaz. Dan, Makkah tidak ada kemenyan. Kemenyang di Makkah datang dari India. Masalah dengan orang melayu sekarang adalah taksub dengan barangan (air, minyak urut, kismis) yang dibacakan al-Quran 30 juzuk. Ini semua penyelewengan yang boleh merosak akidah dan syirik.
Betul tu nanti nakan wujud pula air rebusan al Quran atau air yang dibacakan surah yassin dan 30 juzuk Al Quran siang malam oleh radio. Umat Islam berterusan dipersendakan macam kes Al Arqam dulu, sos cili dan tomato cinabeng ditukar pelekat jadi sos keluaran Al Arqam.
JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengguna tolonglah bertindak segera!
nak harapkan jakim? radio adik-beradik dia ikim.fm pun banyak iklan produk2 merapu ni...
Post a Comment