Bung Mokhtar ada kekasih baru sehingga menyebabkan Zizie Ezette Terabai kesepian??


Kebahagiaan dikecapi pelakon, Zizie Ezette sejak bergelar isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Dato’ Bung Mokhtar terserlah menerusi gambar-gambar Zizie di laman Instgram miliknya.

Antara ‘pengikat kasih’ mereka adalah permainan maya, Candy Crush yang digilai oleh Bung Mokhtar.

Mengikut pos Zizie, suaminya itu mula berjinak-jinak dengan Candy Crush buat kali pertama sejak tiga minggu lalu. Sejak itu, Zizie mula mengepos beberapa gambar yang memperlihatkan Bung Mokhtar begitu khusyuk bermain permainan itu.

Malah dalam pos (15 Julai), Zizie mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan: ‘Bini duduk sebelah pun dah x di pandang.I hate u Candy Crush!!
#suamidahjumpacintabaru’


Saksikanlah sendiri beberapa gambar dibawah yang dimaksudkan. Apa yang paling penting, dapat dilihat keserasian pasangan suami isteri ini dalam melayari rumah tangga.  -
SumbeR


A.S kata, habis rakan A.S tak kira tua atau muda pakat kena fenomena penyakit candycrush ni. Apa yang best sangat tak tau le.A.S tak pernah cuba nak main pun.

 Untuk Dato Bung dan Zizie, yang penting rumah tangga korang bahagia buat selama lamanya dan aku doakan yang terbaik untuk kalian di dunia dan akhirat semoga diberikan keimanan dan ketakwaan dalam menjalani perhubungan sebagai suami isteri. Mudah mudahan.. InsyaAllah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...