Oh! Kak Jat Ku Sayang.. Dengarkanlah. @ShahrizatJalil


Di sini ingin ku luahkan hasrat nuraniku merayu, memohon, meminta dan mendesak agar SHARIZAT ABD JALIL (KAK JAT) supaya dengan rela hati melepaskan jawatan KETUA WANITA...

Memang tidak dinafi bahawa KAK JAT seorang tokoh wanita dan ibu yang sangat disenangi serta dihormati oleh kebanyakkan wanita UMNO hari ini. Aku tak nafi bahawa peranan wanita Umno tersangat besar dan efisien dalam Pru13 lalu dengan jalinan rakyatnya, perayu undinya dan macam macam lagi..

Tetapi harus diingat bahawa KAK JAT telah dilanda masalah sedikit masa lalu yang menyebabkan secalit tahi lembu melekat dimukanya...walaupun dia berusaha membersihkan kesannya tetap masih kelihatan. Cucilah dengan apa bahan pencuci sekalipun namun ianya tetap diperkatakan dan dijadikan modal pakatan untuk menghentam kerajaan.

Demi UMNO KAK JAT mesti berundur bagi memastikan parti diterima secara amnya bukan kpd ahli parti saja tetapikpd rakyat MALAYSIA keseluruhannya.
Walaupun Kak Jat berasal orang Penang ini tak bermakna saya mesti bermati matian pertahankan Kak Jat di atas kelalaian yang telah terjadi.

Jika KAK JAT ingin terus berkhidmat dan berbakti kepada parti beliau boleh lakukan dari luar walaupun tidak memegang sebarang jawatan tertinggi dalam kepimpinan parti.

Dengarkanlah dan renungilah luahan hati orang Umno yang amat sayang terhadap parti keramat ini wahai Kak Jat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...