Rumah Terbuka Zahid Hamidi Pun Dikacau Samseng!!

Pic hiasan

Apabila bercakap tentang jenayah, nampaknya Menteri Dalam Negeri sendiri pun turut menjadi mangsanya.

Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu satu forum pagi ini bahawa samseng pergi ke rumah terbukanya di Bagan Datoh semalam meminta pihak penganjur membayar wang perlindungan.

Di kawasan menteri dalam negeri pun, samseng minta wang perlindungan, katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Zahid memberitahu demikian ketika menyampaikan ucaptama di forum mengenai pencegahan jenayah hari ini.

Zahid tidak mengulas lanjut mengenai kejadian itu, tetapi menggesa semua pihak supaya membantu mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang, terutamanya dengan komen yang membina.

Katanya, beliau mengalu-alukan sumbangan semua penulis blog dan (pengguna) media sosial,

"Jika anda tidak bersama kita, ia tidak bermakna anda bersama mereka," katanya sambil menggesa semua pihak bekerjasama dengan mengubah pemikiran dan sikap dengan bekerjasama membanteras jenayah.

1 comment:

Anonymous said...

Ya beri kami saluran confidential atau Anon dimana kami boleh salurkan maklumat mengenai adanya makluk2 yang mencurigai dikawasan kami.

Ramai orang awam takut terdedah bila memberi maklumat, nanti tak pasal2 mereka pula kena ugut.

Kawasan saya ni ada Warganegara India, bebas kesana sini, ada kala nampak kereka BMW/Merc (India) mengutip dia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...