Terkejut!! Gurney Paragon Mall P.Pinang. Suatu Bukti Pengusiran Orang Melayu/Islam Secara Terancang??



Baru baru ini aku berkesempatan buat pertama kali pergi ke sebuah pusat membeli belah di sebelah pulau, Pulau Pinang yang telah dibuka lebih setahun rasanya. Gurney Paragon Mall yang nampak gah dari luaran dan tindakan tindakan pemaju projek tersebut menjaga dan pemuliharaan satu bangunan lama suatu perkara yang amat aku sanjung.

Apabila masuk saja,aku mula merasa suatu kejutan yang amat sangat!
Boleh dikatakan semua kafe didalam mall tersebut tidak mempunyai sijil halal!!
(Maklumat dari information counter setelah hampir 2 jam mencari)
Maka tak terkejutlah semua kafe takde pun yang ada stiker halal di premis masing masing. Semua kafe ya g ada aku yakin kalau hangpa tengok pun mesti was was nak masuk,

Lebih menyedihkan aku terserempak pula dengan 3 ke 4 orang gadis yang mempromosikan suatu dulang yang penuh dengan gelas berisi wine kepada orang ramai untuk dirasai sebagai promosi. Nasib baiklah anak aku tak ambil minum.
Apa dah jadi di Penang ni??

Jenuh pulak aku bersama family berjalan kaki ke Gurney Plaza berhampiran untuk ke Nandos yang diyakini memang halal disitu untuk menikmati makan tengahari disebabkan perut yang teramat lapar.

Malaysia adalah negara Islam. Pertama kali aku merasai betapa sukarnya nak cari makanan halal di negeri aku sendiri yang tercinta ini. Atau adakah orang melayu/Islam sudah terhapus di Pulau Pinang atau dianggap tidak wujud lagi di mata sang kapitalis cauvinist cina?

Kepada pihak berkuasa yang berkenaan seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang dibawah cengkaman tokong Lim Guan Eng haruslah ambil serius dalam hal ini sebelum ia menjadi lebih teruk dan ketiadaan kafe halal dalam mall menjadi satu fenomena biasa di Pulau Pinang.

Saranan ini bukan untuk kalian tapi aku memikirkan apa bakal iadi kepada generasi anak bangsa kita masa akan datang terutamanya di P.Pinang yang nampaknya hari semakin hari jelas melayu 'dikuis' sikit demi sedikit dari bumi Pulau Pinang ini.

4 comments:

Anonymous said...

Padan muka melayu penang dorang tak heran kat melayu pun utk bangunkan sst projek, ambil habuan

Anonymous said...

Dulu Gerakan dan UMNO buat ikut suka hati mereka sekarang giliran DAP pula,PAS dan PKR kuda kayu boleh ditunggangi, padan muka lah Melayu yang sokong mereka dan padan muka juga kepada Melayu yang telah menjahanamkan bangsa sendiri.Apa pun Melayu juga yang kena akibatnya.

Anonymous said...

Perkara yang hampir sama di Queens Bay.

Anonymous said...

Melayu telah serahkan Pulau Temasik kepada China PAP, telah serahkan Pulau Pinang kepada China DAP...perlu serah Malaysia pula baru puas hati?
KEMBALIKAN PULAU PINANG KEPADA SULTAN KEDAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...