Guan Eng Akui DAP bakal hancur??
“Kali ini kami takut dan tidak akan lawan kerana kesannya bukan hanya pada pemimpin DAP, malah ia melibatkan parti DAP,” kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Guan Eng berkata demikian ketika mengulas reaksi pasif DAP terhadap keputusan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mahukan parti itu mengadakan pemilihan semula jawatan kuasa pusat (CEC).
Katanya, DAP mengadakan pemilihan semula CEC bagi menggelakkan pembatalan parti tersebut atas arahan ROS pada 30 Julai lalu.
“Jika lawan (arahan) ROS, seorang, dua atau tiga pemimpin yang masuk penjara, kami tidak hairan. Ia memang biasa dengan kami.
“Bagaimanapun jika kali ini tidak berjaya, mangsanya adalah DAP. Mungkin DAP akan terbatal pendaftarannya,” katanya ketika dialog Bersatu menentang ROS menakluki DAP bersama Ahli DAP Perak, semalam.
Guan Eng mengakui, krisis dihadapi DAP kini boleh memberikan akibat buruk bukan hanya melibatkan parti malah semua ahlinya.
Katanya, walaupun Penasihat DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, parti mempunyai peluang menang kes tersebut jika dibawa ke mahkamah, tetapi memakan masa lebih setahun.
"Dalam tempoh berkenaan pelbagai perkara boleh berlaku malah dalam setahun mereka tiada parti yang diibaratkan sebagai rumah.
“Kita tiada rumah, pemimpin tiada rumah, 150,000 ahli juga tiada rumah. Bagaimana kita hendak hidup, tidur dan mendapatkan perlindungan.
“Kali ini kami memang sangat takut, pemimpin DAP menasihatkan agar jangan berlawan, masuk penjara tidak mengapa tetapi parti akan hancur,” katanya.
Beliau berkata, mereka tidak akan mengambil risiko dan akan menjalankan pemilihan semula pada kongres khas 29 September depan.
Sebelum ini, ROS mendakwa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada Disember lalu, tidak sah.
Sekurang-kurangnya 2,576 delegasi dari 985 cawangan akan memilih 20 calon dalam pemilihan CEC. -SH
A.S Kata, ini semua ayat nak meraih simpati.
Guan Eng sebenarnya dilihat bukannya takut DAP hancur tapi takut "imej bersih" dia tu yang hancur kerana semankin hari semakin terserlah dia ni jenis manusia kuat PENIPU dan CAKAP BERBELIT BELIT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment