Lambang salib dikesan dalam buku belajar jawi kanak-kanak! (7 Gambar)


Kenapa dalam banyak-banyak perkara lain, Salib juga menjadi contoh dalam buku agama kanak-kanak. Kepada ibubapa, berhati-hatilah dan harus lebih terperinci memilih buku untuk pembelajaran anak-anak. Don't judge a book by its cover!












Buku ini adalah buku yang baru anak buah aku beli. Masa beli dalam plastik lagi so tak dapat la nak belek-belek dulu baru beli. Niat nak biar anak buah aku belajar pandai walaupun dia belum pandai membaca dan mengeja. Sampai rumah kita orang macam biasa letak buku ni kat atas meja study anak buah aku. So dia pun main la buku tu belek sana belek sini. Semalam waktu aku jaga dia aku pun tengok-tengok lah buku yang dia baca ni. Bagus lah ada dwi bahasa, ada ejaan rumi, jawi siap ada gambar so budak-budak kecik boleh paham.

Tengok dari luaran macam buku agama islam untuk budak-budak belajar alif ba tak tapi sampai kat Sad tertera gambar dan perkataan Salib. Aku pasti yang buku kanak-kanak ni bukan orang Islam yang buat. Kalau orang islam tak akan letak simbol dan perkataan Salib tu. Aku bukanlah marah kat pengedar dan pencetak buku ni tapi dalam banyak-banyak perkataan kenapa nak jelaskan yang Sad itu adalah Salib.. Banyak lagi perkataan boleh diterangkan.. Rasanya ini agak sensetif bagi aku dan keluarga sebab ianya melibatkan agama.

So aku rasa amat tak sesuailah buku “My Little Board Book – Belajar Jawi” dari syarikat Ladybug ni untuk anak buah aku. Lepas ni terpaksa simpan dan next time sebelum beli kena belek dulu takut ada pekara-pekara yang sensetif ada dalam buku tu. Tapi susah gak pemilik kedai dah siap bungkus dalam plastik. Tak pe lah.. Aku share kat blog aku dulu supaya orang lain tak terbeli buku yang sama. -SumbeR

6 comments:

profit said...

Apakah bangang!!!!Itukan pelajaran tulisan jawi,takde kena mengena dengan agama.Susah kalau semua nak melayuislamkan.

Anonymous said...

profit ko tu yg tak cerdik, banyak lagi perkataan lain yang boleh di gunakan bagi menggambarkan penggunaaan huruf itu.tapi mengapa salib gak yang dijadikan contoh. siap ada gambar lagi. tlong lah jangan ambil mudah. mayb ini salah satu dakwah kristian ni secara halus. kalau ko orang islam mesti ko sensitive. agaknya ko ni non muslim kut. tu yang tak rasa apa-apa. ni bukan pasal belajar tulisan jawi je tau tapi kekuatiran kita tentang dakwah dari puak kristian yang sentiasa bersemangat nak hncurkan umat islam.

Anonymous said...

Minta maaflah profit pada 14 sep 7.55. am di sebabkan ko bangang aku terpaksa cakap carut sikit sebab nak kasi ko faham.

Pertamanya jika ko bukan Islam ko kena faham bahawa Umat Islam menjaga agama mereka bersungguh-sungguh tidak seperti penganut Kristian misalnya yang selalu membiarkan imej Tuhan mereka dan simbol agama mereka di momok-momok. Orang Hindu pun pandai jaga agama mereka contohnya jika imej dewa mereka di permainkan mereka akan bangkit. Maka kami orang Islam nampak jelas kepincangan buku kamus ini sebagai satu iklan/promosi SALIB kepada rata-ratanya pembaca anak-anak melayu Islam. Amat jarang orang bukan Islam belajar jawi. Ada memang ada tetapi jarang lah sangat.

Kalau kamu orang ISlam maka kamu hendaklah menasihatkan ibu-bapa kamu lain kali jika hendak bersengama buat anak bacalah doa sikit-sikit supaya anak yang lahir nanti tidak bangang macam kamu. Kamu juga akan merasa bangga kerana adik kamu nanti akan lebih pandai dari kamu.

Anonymous said...

Kalau buku ni utk org umum belajar jawi ie tak kira bangsa atau agama, lebih baik guna contoh yg maujud & universal spt dhal utk dadu, syim untuk syarikat. Pendek kata, jgn sentuh sensitiviti agama.

Mohd Zamri said...

Profit, saya setuju. kalau disorok kan sangat..anak2 jadi lebih curious. Kalau tunjuk seorang sami..mcmana pula? Kita kena sorok kan dari anak2 tentang sami,salib dan agama2 lain. Jadi mcm orang hutan lah bila keluar nanti terkejut!

Anonymous said...

Maaf mencelah,rasanya tak salah penggunaan tu utk anak2 tp time ajar tu terangkan juga smpai faham maksudnya.kita negara berbilang bangsa dan agama.berkawan pn dgn pelbagai bangsa dan agama.dan utk berjaya kita juga kena berfikir di luar kotak.bila tgk kuil,gereja,tokong..kita juga harus terangkn agama yg mereka anuti pd anak2.. agar diaorg faham..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...