@RafiziRamli Jambu Anwar Cuba Cari Publisiti Murahan di #Forum20sen @LokmanAdam


Kalau tak main bangsat bukanlah puak pakatan namanya. Strategi haprak menjemput pemimpin Umno ke gelanggang debat tanpa pengetahuan dan pengesahan kehadiran terlebih dahulu memang sudah boleh dibaca.Sudah banyak kali terjadi insiden seumpama ini.


Bila pemimpin Umno/BN tersebut tak hadir, macam macam tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh penganjur debat tersebut. Dalam kes ni,Lokman Adam yang aku kenal memang seorang yang sibuk dengan jadualnya yang padat di seluruh negara.


Dari 1peluru.com, Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR telah siap dengan poster untuk mengadakan debat di kawasannya, Parlimen Pandan malam ini tanpa persetujuan tarikh oleh panel-panel lain dari UMNO & Gerakan.

Persoalan pertama mengapa Rafizi begitu dayus & pengecut ajak orang datang 'bertumbuk' di 'kampung sendiri'. Kenapa tidak ditetapkan satu lokasi yang lebih berkecuali.

Menjawab persoalan kedua, Exco Pemuda UMNO Malaysia telahpun menghubungi saya secara personal mengatakan dia tidak pernah gentar untuk menghadapi Rafizi di pentas debat, cuma masa yang disarankan tidak sesuai kerana beliau kini sedang dalam urusan kerja di Utara tanahair sejak beberapa hari lalu.

Rafizi sepatutnya mendapatkan persetujuan panel-panel forum lain terlebih dahulu berkaitan tarikh, lokasi dan tajuk yang ingin dibincangkan supaya tidak menampakkan bermotif politik semata, bukan bertujuan mencari solusi untuk membela nasib rakyat.

Baca juga berkaitan isu ini di blog JENDELA MAYA (klik!) & REZQEENHILL (klik!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...