Kisah sebenar kenapa bapa pelajar di Putrajaya memohon pengecualian anaknya daripada aktiviti keagamaan di sekolah terungkai..

Kecoh dua tiga hari ini mengenai surat seorang bapa kepada pihak sekolah yang meminta anaknya dikecualikan dari pembelajaran perkara asas agama Islam di sekolahnya.
Memang sah kewujudan data murid tersebut dan surat tersebut bukan sengaja digembar-gemburkan.
Di bawah adalah surat tersebut.
Kisah ini mendapat perhatian ramai dan kami cuba menyingkap alasan sebenar ianya terjadi.
Berhubung isu surat bapa mohon sekolah jangan libatkan anak dgn aktiviti agama di sekolah, berikut respon yg di terima:
” Imam surau kejiranan Presint11 dh dpt citer sebenar dr guru sekolah tu. Dia br pindah ke putrajaya, tak sangka ramai bertudung kat sekolah anak dia. Dia jumpa tudung dlm beg sekolah anak. Si anak bawak sorok2. X nk ayah dia tau. Ayah dia terus hubungi sekolah. X nk org dakwah anak dia. Masa kelas agama anak dia diatur masuk kelas pendidikan moral. Ayah juga buat laporan supaya tiada dakwah agama kpd anak dia.
Statement si ayah:
“kuno rupanya putrajaya ni. Ramai pakai tudung. Ingat kan moden”
Hmmm…masih ada lagi yang berfikiran kolot seperti ini. Kepada masyarakat sekeliling, harap tidak terus menghentam pelajar tersebut, perlu juga dilihat latar belakang bapanya yang kelihatan agak jahil ini.. -Sumber

6 comments:

Anonymous said...

Mungkin si bapa tidak mahu anaknya pakai tudung hanya kerana dipaksa, bukannya pakai dengan ikhlas..di kebanyakan sekolah hampir 100% pelajar perempuan islam diwajibkan memakai tudung oleh pihak sekolah atau pun terpaksa pakai tudung untuk mengelakkan dari dipandang serong oleh kawan2 dan guru.

Marsan Marsolo said...

Anon 12.21pm,

Kita sebagai orang islam mesti (wajib) mengikut suruhan Allah. Siapa kita? Kita hanya hambaNya. Samada suka atau tidak, samada ikhlas atau tidak, kita wajib mengikut suruhan Allah. Bagi kes anak-anak sekolah, kita kena terapkan nilai-nilai ini walaupun secara paksa dengan harapan jika mereka mempunyai "akal" nanti dapat membezakan antara amalan Islam dan bukan Islam. Kalau mereka memilih untuk mengikut amalan bukan Islam selepas sekolah nanti, sekurang-kurangnya guru-guru ini terlepas daripada persoalan dari Allah diakhirat kelak. Jika bapa ini tak mahu anaknya didakwah, itu pilihan dia (walaupun saya amat kesal dengan tindakan itu), tetapi dia kena bertanggungjawab dihadapan Allah kelak (samada suka atau tidak)

Anonymous said...

bapak dia penyokong mat sabu. syiah la tu.kihkih

Anonymous said...

Alasan sekolah mewajibkan murid bertudung kerana hendak lepaskan diri dari disoal nanti? Tak iklas lah tu pikir diri sendiri saja lah tu.
Pemerhatian saya tentang perkara ini adalah murid murid dengan secara halus dipaksa memakai tudung tetapi bab personal hygine guru guru tak ambil berat . Saya kasihan melihat anak Melayu basah kuyup lokoih busuk dan hapak.

Anonymous said...

kita sebagai umat islam harus memberi layanan yg baik pada org bkn islam... jika budak tu berminat dengan islam, maka harus di ajar mengenai islam yg sebenar... pedulikan bapa dya tu.. budak tu ber hak untuk memilih..

Anonymous said...

menutup aurat itu wajib bagi orang islam. disiplin menutup aurat sewajar ditanam dari kecil, peraturan di sekolah tersebut selari dengan anjuran islam jadi kenapa nak disanggah? ikhlas atau tidak bukan isunya, takde pun disebut dalam quran atau hadis kena ikhlas. hukum dah jelas, hanya yang keras kepala je nak memandai2 bagi alasan macam2....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...