Macam tak serius je, macam main-main je..

Syasya (hiasan)


Meskipun Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan sudah bersedia melaksana hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993, pendirian Kerajaan Pas Kelantan sebaliknya menimbulkan tanda tanya selepas pemimpin-pemimpinnya termasuk Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dilihat memilih berdiam diri.

Ahmad ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kelantan di Kota Darul Naim di sini, malam tadi mengelak bertemu media selepas tergesa-gesa beredar tanpa mengadakan sidang akhbar.
Usaha media mendapatkan reaksi beliau selepas menerima kunjungan Penasihat Kerajaan Bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim di pejabatnya di sini, hari ini juga gagal selepas beliau sekali lagi menolak mengadakan sidang akhbar.

Dalam pada itu, usaha media mendapatkan reaksi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud yang turut menghadiri majlis itu juga tidak berhasil selepas beliau hanya menjawab: "Tunggu masa."

Semalam, hasrat Kerajaan Pas Kelantan yang sejak lebih 22 tahun lalu mahu menjalankan hukum hudud di negeri ini dilihat semakin cerah selepas Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, pihaknya mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksana hukum Islam itu.
Daud seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini berkata, pelaksanaan itu walau bagaimanapun bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Pas Kelantan yang perlu menambah jumlah hakim sekiranya hukum itu mahu dilaksana dalam masa terdekat.

Pelaksanaan hukum hudud di negeri ini menjadi polemik berpanjangan sejak 1990 ketika Pas mula memerintah Kelantan kerana parti itu dilihat hanya memainkan isu berkenaan setiap kali menjelang pilihan raya umum untuk menarik sokongan.

Namun, kerajaan negeri seolah-olah serius melaksanakannya selepas menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Hudud pada 4 Oktober 2011 untuk mengkaji pelaksanaan enakmen itu.
Walau bagaimanapun, selepas lebih dua tahun, jawatankuasa itu dilaporkan masih belum bermesyuarat.

Isu tersebut juga menjadi semakin panas selepas bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini bertindak menempelak Kerajaan Pas Kelantan kerana tidak berusaha melaksanakan hukum tersebut.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak menunjukkan usaha mengadakan prasarana terbaik selain menambah bilangan hakim serta pegawai yang terlibat melaksana undang-undang syariah itu. -----Utusan

A.S NAK SENTUH SIKIT SAJA, DAH LEBIH DUA TAHUN JAWATANKUASA TEKNIKAL HUDUD DITUBUHKAN, SATU HABUK MESYUARAT DAN PERBINCANGAN PUN TAK DILAKUKAN MENUJU KE ARAH ITU. 

NAMPAK SANGAT PUAK PAS KAKI PENIPU DAN HUDUD MEMANG TERBUKTI HANYALAH RETORIK DAN SEBAGAI ALAT NAK KENCING PENYOKONG DAN RAIH UNDI SAJA!

Di Somalia, Arab Saudi, Sudan dan Pakistan, negara ini menjalankan hukuman hudud jika bukti bukti untuk laksana hudud itu mencukupi. 

Sebagai contoh, bagi kes Zina, atau persetubuhan haram secara paksa atau sukarela jika ada bukti kukuh seperti DNA, SAKSI alat video sekalipun namun hudud untuk merejam tidak dapat dilaksanakan kerana SYARATNYA diperlukan 4 orang saksi. 

Jadi ia jatuh pada takzir. Bagi kes jenayah seperti mencuri, samun, dan rompak yang mendatangkan mudarat kepada si mangsa maka perlaksanaan hukuman mesti adil menyeluruh. 

Jika pelaku itu ada orang Melayu atau bukan melayu pun maka ia mesti di potong tangan bagi seiring seperti yang terkandung di dalam Piagam Madinah. Orang bukan Islam yang menumpang dalam negara majoriti dan agama nya Islam maka mereka tetap tidak kecuali dari hukum dan kanun Islam.

Di harap parti Pas mengkaji dan berani menyuarakan hal ini kepada rakan karib mereka iaitu parti roket!!!!

1 comment:

Anonymous said...

Sememangbya PAS hanya memperalatkan hukum hudud untuk kepentingan parti. Dengan slogan untuk melaksanakan hukum hudud maka ramai orang islam yang akan menyokong PAS. PAS hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik pemimpin tertinggi PAS. Didunia mereka para pemimpin PAS boleh berhujah dengan apa cara untuk menutup akan kerakusan mereka mengunakan agama islam sebagai bahan politik, tetapi diakhirat nanti mereka akan menerima balasan dari ALLAH SWT.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...