Satu lagi PRK bakal berlaku? ADUN PAS Tenat??

Artikel di bawah aku cilok dari blog pro Pakatan iaitu negarapakatanrakyat. Cara penulisan blogger ini menggambarkan betapa seolah-olah mereka 'mengharapkan' Adun mereka meninggal cepat. Apa punya turrr la puak-puak ini.

Sebagai saudara semuslim,seharusnya kita haruslah sentiasa mendoakan kebaikan unruk saudara kita.



Aku difahamkan bahawa ADUN Paka dari PAS, Satiful Bahari Bin Mamat sedang berada dalam keadaan tenat dan boleh mati pada bila-bila masa akibat penyakit kanser hati tahap 4.

Dari satu sudut, entah macam mana PAS memilih seorang dengan penyakit merbahaya seperti Satiful sebagai calon kerana ia telah menyebabkan Pakatan Rakyat berkemungkinan besar terpaksa menghadapi satu lagi pilihanraya kecil pada bila-bila masa dari sekarang.

Tapi benda dah terjadi dan jika Satiful mati, maka terpaksalah kita semua bersedia menghadapi jentera besar UMNO di Paka.

Berbeza dengan Sungai Limau, Paka adalah kawasan dimana PAS tidak begitu mempunyai kekuatan yang luar biasa.  Pada PRU13 yang lepas, arwah ini hanya berjaya meraih 1,287 undi dan seterusnya merampas kawasan tersebut yang sebelum ini dikuasai BN.

Dengan keadaan itu, Pakatan Rakyat tidak pasti sama ada kelebihan tersebut dapat bertahan kalau PRK diadakan dalam jangka masa terdekat.

Cuma kekuatan Pakatan Rakyat di DUN Paka ini datang dari kakitangan kilang penapisan Petronas yang majoritinya menjadi penyokong PAS.  Menarik bukan, sebab Petronas adalah agensi milik kerajaan persekutuan dan seharusnya mereka menjadi penyokong kuat BN.

Bagaimanapun, itulah yang berlaku, majoriti besar kakitangan Petronas di Paka adalah penyokong PAS.

Situasi ini bagaimanapun belum boleh melegakan PAS kerana DUN Paka mempunyai keseluruhannya 23,231 pengundi , sedangkan bilangan kakitangan Petronas yang menjadi pengundi Paka hanya sekitar 1,500 orang sahaja.

Kekalahan BN di kawasan ini dulupun adalah disebabkan oleh sabotaj orang-orang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ke atas calon mereka sendiri, Datuk Matuldi Jusoh (bekas ahli Parlimen Dungun).

Sekiranya calon pilihan Ahmad Said dicalonkan kali ini, penyokong yang berpaling tadah tadi akan kembali menyokong BN.

Inilah masalah yang perlu difikirkan PAS dari sekarang, sementara Satiful masih bernyawa.

2 comments:

Anok Pok Mat Kapok said...
This comment has been removed by the author.
Anok Pok Mat Kapok said...


Banyak faktor yg mendorong kekalahan BN di Dun Paka. Seandainya, berlaku PRK di Dun Paka, 2 PDM yg perlu diberikan penekanan, PDM Batu 5- ketidakserian MCA & Gerakan dan PDM di kawasan Felda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...