Bukan saja disamun, malah dubur ditusuk botol minyak wangi


Pic hiasan

Petaling Jaya: Bukan saja disamun, malah seorang lelaki warga emas terpaksa menempuh detik menyakitkan apabila duburnya dijolok botol minyak wangi oleh sekumpulan penyamun warga Afrika dalam kejadian di Sungai Way, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 63 tahun yang juga pesara kerajaan sedang menuju ke keretanya selepas makan malam di gerai Jalan SS9A/12, sebelum didatangi seorang lelaki warga asing.

Sumber berkata, suspek mengeluarkan pisau dan mengugut akan mencederakan mangsa jika melawan dan pada masa sama, suspek bertindak menghubungi rakannya.

“Mangsa ditolak masuk ke dalam keretanya. Kemudian dua lagi suspek lelaki tiba termasuk seorang yang membawa sebotol minyak wangi. Suspek meminta mangsa menyerahkan semua wang, namun mangsa enggan.

“Keengganan mangsa menyerahkan wang menyebabkan suspek berang dan bertindak menjolok botol minyak wangi ke dalam dubur mangsa.

“Akibat tidak tahan menanggung kesakitan, mangsa menyerahkan RM200 yang diselitkan di poket kecil bahagian pinggang seluarnya, tetapi suspek masih tidak berpuas hati sebelum menyamun semua wang mangsa berjumlah RM550,” katanya.

Menurut sumber, mangsa ditinggalkan berseorangan dan dalam kesakitan itu, dia cuba mengeluarkan botol minyak wangi terbabit, tetapi gagal sebelum segera menghubungi polis.
Katanya, polis yang tiba di tempat kejadian bergegas menghantar mangsa ke sebuah pusat rawatan swasta dan mangsa menjalani pembedahan mengeluarkan botol daripada duburnya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika mengesahkan kejadian itu berkata, polis belum dapat mengambil keterangan mangsa berikutan keadaannya masih lemah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi 03-79662222 atau 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.-HM

A.S kata. Puak negro/awang hitam ni tindak tanduk mereka makin hari makin melampau.  Kebanjiran mereka juga makin bertambah dari hari ke jari sehingga populasi mereka di ibu kota yang besar bukanlah suatu situasi yang pelik lagi.

Aku harap pihak berkuasa seperti Imigresen dan Pdrm dapat ambil tindakan cekup semua yang duduk secara haram dan hantar balik ke negara asal mereka.

Walaupun kita sedia maklum pihak berkuasa sentiasa mengadakan operasi secara berkala bagi menangkap negro haram ini, pada aku ia masih tak cukup. Rakyat sekarang ini memerhatikan sahaja segala aspek tindakan dari pihak berkuasa. Aku harap KDN dapatlah membuktikannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...