Penjelasan KWSP Isu Bantuan Wang Kematian RM2500 Yang Digembar Gemburkan Ketika Ini



KWSP nafi tak beri RM2,500 kepada waris ahli yang mati

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan dakwaan yang kini tersebar melalui e-mel yang kononnya agensi itu gagal memberi bantuan sebanyak RM2,500 kepada ramai waris ahli KWSP yang meninggal dunia.

 Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, dakwaan yang disebarkan melalui e-mel tersebut bertujuan memburuk-burukkan imej KWSP dan kerajaan.

 "Waris ahli KWSP layak diberi bantuan kematian sebanyak RM2,500 jika cukup syarat kerana ia antara faedah menjadi ahli KWSP.

 "Kami sering menghebahkan bantuan ini kepada orang ramai, malah waris yang datang membuat pengeluaran KWSP diberi borang untuk memohon bantuan itu," kata beliau.

4 comments:

Anonymous said...

Hotak kau lah dah kecoh baru kata dah bagi, Memang dia tak bagi pun, dia ingat atuk dia punya duit kot

Anonymous said...

Kalau tak cukup syarat memanglah orang tak bagi..entah sape sape tetiba nak tuntut mestilah KWSP tak beri..memang bukan duit atok dia tapi kena ingat duit amanah orang jangan sesuka hati nak bagi..kecuali Pejabat ZAKAT ..tu memang buat duit ZAKAt macam bapa dia punya....

Anonymous said...

Ehh..apasal aku pun tak pernah tahu, dari muda sampai dah nak pencen..ramai saudara, kawan, pekerja bawahan mati pun tak pernah aku dengar pulak faedah ni....macam tak percaya lak......patut KWSP tulis benda ni pada kertas acc statement macam astro, tnb bil yang selalunya hanya pasal tuntutan payment dan iklan menguntungkan co depa saja... so KWSP patutla bagitahu semua ahli..mungkin melalui majikan atau hebahan media.....

Anonymous said...

Takut org tak berkenaan yg related dgn kita pun pergi sapu bila ada cukup doc,kalau anak ada sorang sebagai waris ok la yg ramai ni la problem takut senyap2 tuntut waris yg diamanah utk amik pergi apply tau2 dah ada org amik duit punya pasal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...