Pejabat Guan Eng bakal diserbu oleh Penyokong Pakatan Yang Tidak Berpuashati Dengan Pentadbiran Zalim..




Setelah perbincangan bersama Adun seberang jaya merangkap exco kerajaan negeri Dr Afif bahardin pada petang kemarin pihak peniaga berpendapat Dr Afif cuba berdolak dalih dalam mempertahankan tapak asal uptown Bandar Perda.

Malah lebih dasyat lagi mereka bukan saja berniat hendak menghalau peniaga asal uptown yang mempunyai lesen sah tapak perniagaan yang di keluarkan oleh MPSP tapi hasrat besar mereka ialah hendak merampas tapak tapak peniaga asal untuk di berikan kepada krono kroni mereka.

Berhubung dengan itu Jawatankuasa bertindak "Kekalkan Uptown Perda" akan meneruskan hasrat sebelum ini iaitu membuat satu konvoi peniaga ke Komtar untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri. Dan semua peniaga akan DUDUK DAN BANTAH di tingkat 3 Komtar sehingga Ketua Menteri sendiri turun menerima memorandum tersebut.

Kami berpendapat Ketua Menteri perlu menerima penjelasan terus dari peniaga kerana sebelum ini kami yakin Dr Afif dan semua ahli Majlis MPSP telah berbohong kepada Ketua Menteri tentang isu yang di hadapi oleh peniaga uptown Bandar Perda.

Uptown Bandar Perda adalah satu satunya kawasan perniagaan yang 100% peniaga bumiputra dan sebagai penyokong Pakatan Rakyat jangan sampai isu pengusiran paksa ini akan membenarkan kata kata umno selama ini bahawa DAP menindas orang melayu di Pulau Pinang.

Anda dapat lihat sendiri betapa penyokong pakatan sendiri sekarang ini cukup kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang dilihat tidak mempedulikan nasib orang melayu. Berubahlah sebelum kalian semua akan terus tertindas di bawah tadbiran rejim kuku besi zionis Dap Pulau Pinang ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...