Puak DAP Terdesak Hingga Sanggup Pecahkan Kereta Curi Borang BR1M?

Dominic menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kejadian kecurian yang berlaku.

KUALA LUMPUR - Ratusan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diuruskan Pusat Khidmat Masyarakat Gerakan Batu hilang akibat dicuri dari dalam kereta milik pembantu peribadi Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Gerakan Batu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang Khamis lalu di Jalan Metro Perdana Barat 3, Taman Usaha Kepong.

Penyelaras Pusat Khidmat Gerakan Batu, Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, kejadian disedari pembantu peribadinya itu, Alice Yap, ketika kembali ke kereta selepas diletakkan berhampiran sebuah kedai kopi selepas 30 minit.

Menurutnya, beberapa barangan dalam bonet kereta hilang termasuk beg berisi dokumen-dokumen penting termasuk borang-borang BR1M yang dikumpulkan menerusi program yang dijalankan di Jinjang Selatan dan UTC Mini Bandar Baru Sentul, hilang.

“Bagaimanapun Alice tak diserang atau alami apa-apa kecederaan.

“Kerugian barangan dicuri tak jadi isu, yang dibimbangkan ialah borang-borang BR1M yang perlu dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Jadi kita terpaksa mengumpulkannya semula. Justeru kepada penduduk Batu yang terbabit, tolong hubungi Alice di talian 012-3755265 untuk mengisi sekali lagi borang berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, menceritakan semula kejadian berkenaan, Alice berkata, dia mengesyaki tindakannya meletakkan beg dalam bonet diperhatikan sejak awal kerana tiada sebarang kesan pecah cermin kereta.

“Saya cuba buka bonet menggunakan kunci kereta untuk ambil beg, tapi tak boleh. Jadi saya buka dengan menarik dari tepi tempat duduk, namun terkejut apabila mendapati bonet hampir kosong.

“Beg yang berisi dokumen penting termasuk borang BR1M dan juga cenderahati sempena Tahun Baru Cina termasuk baju T pun dirembat.
“Saya syak kemungkinan orang yang ambil tu nampak saya letakkan barang dalam bonet. Dia pun fikir yang bonet boleh dibuka tanpa merosakkan kereta,” katanya
.

Katanya, kerugian akibat kejadian itu dianggarkan lebih RM2,000.

“Bagaimanapun, kami telah memaklumkan kepada sukarelawan di kawasan terlibat untuk mengumpulkan semula borang-borang BR1M untuk dihantar ke LHDN. Syukur setakat ini sebahagian daripadanya dah diterima semula," katanya.-SH


A.S KATA INI HANYA SATU PERSOALAN YANG PERLU DIFIKIRKAN DAN ADA KEMUNGKINANNYA.
MODUS OPERANDI PENYAMUN ITU SEOLAH-OLAH MEMANG MERANCANG UNTUK MENSABOTAJ PROGRAM PARTI GERAKAN TERSEBUT YANG BERJAYA MENAMBATHATI RAKYAT MELALUI BANTUAN MENGISI BORANG BR1M.
KEMUNGKINAN ITU ADA DAN INI BUKAN SATU TUDUHAN.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...