Aduhai.. Barang milik surau dikebas kerana bengang nama digugurkan dari AJK JKKK.


Arau: Akibat marah digugurkan daripada jawatan lama, seorang lelaki yang juga bekas ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), bertindak melarikan peralatan kenduri daripada stor surau sebuah kampung, di sini, bernilai RM7,000, pada 20 Januari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, seorang lelaki yang juga ahli JKKK yang baru dilantik berusia 46 tahun itu terkejut selepas sebahagian besar barangan dapur dan peralatan masakan kenduri di dalam stor berkenaan hilang.

Difahamkan, suspek yang juga bekas JKKK sebuah kampung sudah menyerahkan kunci stor berkenaan kepada ahli JKKK yang baru itu sehari sebelum kejadian dan dipercayai mengeluarkan perkakasan berkenaan ketika itu.Sumber berkata, lelaki itu terkejut dengan kehilangan peralatan berkenaan kemudian memeriksa sama ada ia diambil atau digunakan pihak lain, namun dia dimaklumkan peralatan berkenaan tidak digunakan kerana tiada majlis kenduri diadakan.

Menurut sumber terbabit, sejurus selepas itu, lelaki terbabit membuat satu laporan di Balai Polis Mata Ayer, Isnin lalu.“Kami difahamkan oleh pengadu bahawa ia diambil oleh seorang lelaki yang juga bekas ahli JKKK yang marah kerana tidak dilanjutkan pelantikannya.“Suspek kemudian dipercayai melarikan barangan berupa periuk, dapur gas, pinggan mangkuk dan beberapa peralatan lain bernilai RM7,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.“Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung perkara ini dan sedang mengesan suspek serta mengumpul keterangan daripada saksi dan pengadu,” katanya.

A.S KATA, JANGANLAH BUAT KELAKUAN BURUK MACAM NI.  SUNGGUH MEMALUKAN SEKALI. 

PESANAN BUAT SEMUA, JANGANLAH TERLALU KEJAR JAWATAN SEHINGGA APABILA TAK TERPILIH UNTUK MENERUSKAN MEMEGANG JAWATAN TERSEBUT, BERTINDAK BODOH DAN MELAKUKAN PERKARA YANG MEMALUKAN DAN MERUGIKAN PARTI.

2 comments:

Anonymous said...

Dengarnya di Cawangan KJ pun berlaku seakan kes ini tp bukan mencuri barang surau tp menyalahguna kuasa hingga apabila tidak lagi di pilih dalam AJK terus meroyan menfitnah orang yang telah di calonkan sebagai Ketua Kampung oleh orang2 kampung.Calon Ketua Kampung tu bukannya tua tp menjadi pilihan orang2 kampung kerana sikap merendah dirinya dan lantang bersuara akan kepincangan yang berlaku dalam JKKK.Sepatutnya orang macam ni yg patut di jadikan ketua kampung.

Anonymous said...

Barang tu AJK lama yg beli kot, pakai duit diaorg sendiri, bila dah tak jadi AJK diaorg ambil balik la agaknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...