Jom Semak Status Permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 Online


Keputusan dan semakan status permohonan BR1M 3.0 sudah boleh disemak bermula bulan Februari 2014 ini.

Pembayaran bagi BR1M 3.0 akan dibuat melalui akaun bank pemohon yang berjaya. Sekiranya anda berjaya mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 sila periksa akaun bank yang digunakan ketika mendaftar.

Cara Semak Keputusan BR1M 3.0 2014

1. Talian Hotline BR1M 3.0 2014

Status kelayakan  BR1M 2014 hanya boleh disemak dengan menghubungi talian BR1M : 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang, ISNIN hingga JUMAAT bermula FEBRUARI 2014.


2. Emel BR1M 3.0 2014

Status kelayakan BR1M 3.0 juga boleh disemak menerusi emel kebr1m3@treasury.gov.my ataubr1m2@treasury.gov.my Mulai FEBRUARI 2014. Sila nyatakan Nama penuh dan Nombor Kad Pengenalan anda dalam pertanyaan ke alamat emel tersebut.
Nota: Setiap pertanyaan menerusi emel akan dibalas dalam masa 2-3 hari bekerja.

A.S kata, tahniah dan syukur kepada siapa yang layak. Janganlah tangan menerima tapi dalam masa yang sama mulut asyik duk mengata tu tak kena ni tak kena.

Janganlah jadi manusia kufur nikmat, esok nikmat yang Allah beri di Malaysia ini ditarik kembali menangis air mata darah pun tiada guna.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...