Kanak-Kanak Meninggal Mati Lemas Di Kolam Renang Kediaman Khalid Ibrahim

Hiasan je

SHAH ALAM: Rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor bertukar tragis apabila kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mati lemas di kolam renang di sana.

Amanda Dany Shah sedang bersama-sama dengan ibu bapanya yang menyediakan perkhidmatan katering untuk rumah terbuka anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Negeri Selangor (Pekawanis) pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias ​​berkata siasatan mendapati Amanda telah berjalan-jalan seorang diri manakala ibu bapanya sibuk menyediakan makanan.

“Gadis itu ditemui di kolam renang yang terletak di tingkat atas kediaman,” kata beliau ketika dihubungi.

Menurut sumber, seseorang telah menarik Amanda keluar dari dalam kolam dan cuba menyelamatkannya sebelum ambulans tiba dan digegaskan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di mana dia telah diisytiharkan mati kira-kira pukul 7 malam.

Polis menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.30 petang dan sebuah kereta peronda telah dihantar untuk menyiasat.

Azisman berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beberapa jam selepas kejadian tragis itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menulis di Twitter mengucapkan takziah kepada ibu Amanda, Rini Sutari.

“Takziah Kepada Puan Rini Sutari & Keluarga, katerer Majlis Tahun Baru Cina PEKAWANIS, atas kehilangan puteri Amanda Dany Shah. Al- Fatihah,” Khalid menulis.

Setiausaha akhbar Khalid Arfa’eza Aziz berkata beliau menghadiri majlis di Kuala Selangor pada masa kejadian itu.

“Terdapat kira-kira 400 tetamu di rumah terbuka yang diadakan di dewan di tingkat bawah kediaman,” katanya ketika dihubungi. - mStar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...