Nyum.. Lipas dalam nasi beriani..


SEORANG pelanggan wanita sebuah restoran prata popular di Jalan Upper Serangoon, Singapura terkejut apabila mendapati terdapat seekor lipas dalam nasi beriani yang dipesannya.

Memetik laporannya kepada STOMP, apabila perkara itu diajukan kepada seorang pekerja di situ, dia cepat-cepat mahu mengambil pinggan tersebut untuk dibersihkan.

“Kami enggan dia mengambil pinggan tersebut dan memintanya memanggil pengurus. Dua pekerja kemudian datang dan memohon maaf. Mereka juga menawarkan kepada kami untuk menggantikannya,” kata pelanggan itu.

Bagaimanapun, dia menolak kerana tahu ia merupakan nasi beriani yang sama dimasak sebelum ini.

Pekerja tersebut kemudiannya terus mengambil pinggan tersebut dan tidak mempedulikan mereka selepas itu.

Pihak restoran bagaimanapun tidak meminta bayaran untuk nasi beriani tersebut.

“Kami sangat kecewa dengan kebersihan dan perkhidmatan di restoran ini,” ujarnya mengakhiri laporan itu.


A.S kata, nasib baiklah di Singapura. Kalau di Malaysia akan aku dedahkan siapa tuan empunya restoran itu agar dijadikan pengajaran supaya utamakan kebersihan.


STOMP.COM

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...