Video pekerja kencing di sinki dapur Pizza Hut tersebar..


Ingin aku tegaskan di sini bahawa Restoran Pizza Hut tersebut adalah di AMERIKA SYARIKAT bukannya di Malaysia. Jangan salah faham dan beri tanggapan negatif. Orang melayu sokong Pizza Hut yg milik syarikat Bumiputera.

Sebuah restoran Pizza Hut yang terletak di Mingo County, West Virginia, Amerika Syarikat terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas pekerjanya didapati kencing di sinki restoran tersebut. Sebaik rakaman CCTV perbuatan menjijikkan itu diketahui, restoran tersebut terus diarahkan tutup oleh jabatan kesihatan tempatan untuk menjalani pemeriksaan kebersihan dan kesihatan.

 Hal ini kerana perbuatan itu dikhuatiri memberi kesan pada pengguna memandangkan sinki sama digunakan untuk mencuci peralatan yang digunakan untuk memasak makanan dan menghidangkannya pada pelanggan.

 Pizza Hut Corporation mengesahkan, lelaki dalam video terbabit adalah Pengurus Daerah mereka yang telah dipecat serta merta kerana tidak mengikut standard operasi dan mencemarkan nama baik syarikat. Bagaimanapun, jurucakap Pizza Hut turut menjelaskan bahawa perbuatan itu dilakukan selepas waktu operasi.

1 comment:

Anonymous said...

Pakai baju bn tuuu....tentu orang umno. Hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...