Informer Al-Qaeda Dedah Penglibatan ‘Juruterbang’ Dalam Plot Rampasan Pesawat??

Pada minggu lalu sebelum sidang media Perdana Menteri Malaysia yang mengesahkan pesawat MH370 menukar laluan diadakan, seorang informer yang merupakan ahli Al-Qaeda memberitahu kepada mahkamah di Britain bahawa terdapat 4 hingga 5 lelaki warga Malaysia telah merancang untuk mengambil alih sebuah pesawat dengan menggunakan bom yang tersembunyi di dalam kasut.


Informer tersebut, Saajid Muhammad Badat mengatakan bahawa dia telah berjumpa dengan kumpulan pejuang Jihad warga Malaysia di Afganistan, yang mana seorang daripadanya adalah juruterbang. Tambahnya lagi, dia diarahkan untuk memberikan “Bom Kasut” kepada kumpulan warga Malaysia dalam perjumpaan itu.

“Saya telah memberikan satu kasut saya kepada rakyat Malaysia itu. Saya rasa ia adalah untuk mengakses kokpit pesawat.”

Menurut pakar keselamatan, pendedahan daripada pengganas warga British itu dikategorikan sebagai “boleh dipercayai”.

Melalui sumber Pihak Keselamatan British: “Perkara mengejutkan ini mengambil masa yang lama untuk dirancang”.

Plot yang didedahkan Saajid mempunyai kemungkinan berikutan kenyataan Dato’ Seri Najib semalam yang mengesahkan sistem perhubungan pesawat MH370 “sengaja dimatikan” oleh seseorang di dalam pesawat itu.

Saajid membuat pendedahan itu ketika memberi keterangan melalui pautan video dalam perbicaraan kes Sulaiman Abu Ghaith, menantu Osama Laden.

Saajid juga mendedahkan apa yang digelarnya sebagai “Malaysian Plot” didalangi oleh Khalid Sheikh Mohammed, arkitek utama Tragedi 9/11.

Tambahnya lagi, dia yakin rakyat Malaysia, termasuk juruterbang telah “bersiap sedia melakukan tindakan itu”.

Ketika perjumpaan di Afganistan, satu persoalan ditimbulkan sekiranya pintu kokpit berkunci.

Jadi saya berkata, “bagaimana sekiranya aku memberikan kamu satu daripada bom milikku untuk membuka pintu kokpit itu?” -Saajid memberitahu mahkamah.

Ketika ditanya apa yang dia tahu mengenai kumpulan rakyat Malaysia ini? Beliau menjawab “Saya tahu mereka mempunyai kumpulan, uh, bersedia melakukan perbuatan yang sama seperti rampasan pesawat dalam tragedi 9/11(World Trade Center)”

Prof Anthony Glees , pengarah pusat Pengajian Keselamatan dan Perisikan, University of Buckingham berkata “Saya percaya ini adalah satu rampasan sebaik sahaja kami diberitahu pesawat telah mengubah laluan penerbangan”

Maklumat yang didedahkan semalam dalam sidang media akhirnya memadam segala teori yang ditimbulkan ramai penyiasat dan pakar penerbangan seperti berlaku letupan atas udara, penyahmampatan udara dalam kabin dan kegagalan sistem pesawat.

Sumber asal:
-The Telegraph – Malaysia Airline MH370: 9/11-style terror allegations resurface in case of lost plane via terengganutoday

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...