Peniaga Kerugian Lebih RM100,000 kerana Azhar Idrus

KOTA BHARU - Seorang peniaga barangan makanan kering kerugian lebih RM100,000 apabila rumahnya di Jalan Desa Rahmat, Off Jalan Guchil di sini dimasuki perompak pagi kelmarin.

Perniaga terbabit, Mek Senik Jusoh, 69, berkata, sebelum kejadian, dia keluar dari rumah kira-kira pukul 9 pagi untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di Dataran Ilmu dan terus ke Pasar Siti Khadijah untuk memulakan perniagaan pada pukul 11 pagi.

"Suami saya kemudian pulang ke rumah namun setengah jam selepas itu dia menghubungi dan memberitahu supaya pulang ke rumah dan akan menjemput saya.

"Sebaik sampai, saya melihat rumah bersepah dan kesan selongkar di ketiga-tiga bilik dalam rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Menurutnya, dia hampir pengsan apabila mendapati wang tunai dan barangan kemas yang disembunyikan di dalam biliknya telah hilang.

4 comments:

Anonymous said...

Tak bayar zakat harta kot! Atau berniaga tidak ikut cara Islam jadi rezki tak halal kot! Kalau ikut cara Islam, Allah dah janji akan pelihara dan berkati rezki kita.

Anonymous said...

March 3, 2014 at 11:21 AM

Mana kau tahu dia tak bayar zakat? Inilah manusia yang suka buat fitnah. Mampus kau nanti diPadang Mashyar nak cari kedua peniaga dalam berbilion umat manusia kerana nak minta maaf sebelum kau ditimbang oleh Allah SWT.

Mungkin Allah nak duga atau cuba atas makhluknya.

Anonymous said...

Innalillahi wa inna ilahi rajiuun,
ada hikmah di sebalik kecelakaan yang berlaku.

jamal rahim said...

tajuk di page ni dah tak kena atau tak betul, perkara mcm ni terjadi bukan kerana Azhar Idroz, sebab terjadi kerana kecuaian sendiri, duit seratus ribu dan barang kemas tu, letak di bank la.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...