Ini Pendedahannya : Semua sudah sedia maklum, pesawat MH370 telah berjaya dikesan radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila dilihat berpatah balik yang ditafsir sebagai pesawat yang tidak dikenali.
Walaubagaimanapun, ramai yang mempertikaikan tindakan TUDM yang “lambat bertindak”. Akhirnya, bersama-sama ini disertakan punca dan sebab musabab TUDM bertindak sebegitu rupa kerana….
Mengapa TUDM Tidak Bertindak? Ini Jawapan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri
- Pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka keranamenyangka ia mungkin menerima arahan menara kawalan trafik udara
- Pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama
- TUDM mengesan (keadaan) berpatah balik itu tetapi tidak menganggapsebagai musuh dan ia adalah mesra pesawat tidak memberikan ancaman ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi dan mungkin menerima arahan dari menara kawalan, tetapi apa yang kita lihat akhirnya ia (pesawat) hilang (dari radar) di Laut Andaman atau Utara Selat Melaka.
- Radar TUDM hanya boleh mencerap sekitar 250 batu nautika sahaja
Mengapa TUDM Mengambil Masa Untuk Umumkan Radar Berjaya Kesan Pesawat berpatah Balik?
A.S kata harap kita jadikan insiden ini sebagai satu pengajaran yang sangat berguna kepada semua pihak yang terlibat.
- TUDM berpendapat pusat kawalan udara sama ada di Subang atau KLIA mungkin sedang melakukan prosedur operasi standardnya (SOP) untuk mengesan pesawat itu, dan (TUDM) juga melakukan SOP TUDM untuk mengesannya,
- TUDM atau pihak berkuasa tidak boleh mengumumkan sebarang maklumat yang tidak dapat disahkan 100 peratus kesahihannya dan semua maklumat pada masa itu perlu diteliti dan diperhalusi agensi pakar Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB). -BeritaSemasa.com.my
Kerana satu perkataan ‘ Mungkin ‘ telah melepaskan peluang emas untuk menyelamatkan pesawat Mh370 .
Jika berbicara dalam konteks hal ehwal pertahanan , ‘ Mungkin ‘ itu boleh juga menyebabkan negara kita diserang oleh musuh tanpa ketahui . Ini suatu perkara yang langsung tidak boleh kita kompromi!!
3 comments:
Patut tudm checklah dulu... banyak buat assumption. Ini bukan main2 . Tudm patut lebih sensitive. Saya sebagai rakyat malaysia tidak dpt menerima alasan yg diberikan. Anda cuai..
Aku cadang SOP TUDM kena ubah. juga patut dalam masa kecemasan semua aset kerajaan perlu digerakkan dari mode senyap kepada mode jaga. Ni je sebabnya semua pakai auto je. Tahupun lepas buat analisa. Kalau negara kena bom pun baru buka data tengok bing datsng dari mana.
Bukan nk tuling jari. ...tp andai kata pesawat itu Boleh mengancam keselamatan negara bagaimana pula. ..contoh melanggar putra jaya. ..seperti terjadinya serangan di pentagon.....apa pun cuai....maklumlah malaysia aman..
Post a Comment