Rekod catatan siri kehilangan pesawat yang pernah hilang dan tidak ditemui sehingga kini..


Kehilangan Pesawat ternyata banyak berlaku sebelum ini. Bukan sahaja dikawasan paling ditakuti Dunia Penerbangan atau Pelayaran seperti ‘Segitiga Bermuda’, namun ditempat lain dari itupun pernah terjadi kehilangan Pesawat sehingga tidak dapat di kesan sehingga kini.
Di petik dari pelbagai sumber, kehilangan Pesawat-pesawat ini sudah hampir berjumlah 123 buah yang hilang. Dicatatkan hanya 35 buah pesawat sahaja yang dikesan hilang disekitar ‘Segitiga Bermuda’, selebihnya, kehilangan Pesawat boleh juga berlaku ditempat lain termasuk dilautan dan daratan.

Lihat beberapa Pesawat yang pernah dicatatkan hilang tanpa dapat di kesan antaranya - 

1. Boeing 727-223 - N844AA

Sebuah pesawat jenis Boeing 727-223 / N844AA hilang dan didakwa telah dicuri pada 25 Mei 2003 namun sehingga kini pesawat itu belum juga ditemui. Pesawat itu menghilang dari Bandar Udara Quatro de Fevereiro, Kota Luanda, Angola dan pernah digunakan oleh perusahaan American Airlines berpengkalan di Kota Miami, Amerika Serikat.
Pesawat ini sebenarnya telah dijual kepada perusahaan TAAG Angola Airlines.?..Namun Pesawat ini perlukan pembaikan keseluruhan. Kehilangan nya menjadi tandatanya..?..dan lebih Misteri bila seorang mekanik pesawat tersebut ‘Ben Charles Padilla’ juga turut menhilangkan diri pada waktu yang sama.  
Keluarga Padilla menyakini dia memandu pesawat itu dan terjatuh di hutan-hutan di Afrika dan tidak dapat dikesan oleh radar...??..

2. Antonov An-72 - ER-ACF

Sebuah Pesawat kargo jenis Antonov An-72 milik Syarikat penerbangan ER-ACF di kesan telah hilang ketika dalam perjalanan dari Bandar Udara Port Bouet, Pantai Gading menuju Bandar Udara Rundu di Namibia pada 22 Desember 1997.
Tidak diketahui dimana letak koordinat terakhir pesawat ini. Hanya diketahui terdapat lima penumpang dalam Pesawat itu. Radar terakhir yang dapat dikesan ketika berada di Lautan Atlantik. Banyak pihak berspekulasi pesawat itu ditembak Angkatan udara Angola dan tenggelam di perairan tersebut....


3. Antonov An-32 - K2729

Sebuah pesawat berjenis Antonov An-32 / K2729 dikesan hilang di perairan Lautan Hindia sekitar 450 kilometer dari Kota Jamnagar, India.  Pesawat bersama dengan tujuh orang penumpang  hilang kontek beberapa saat setelah berlepas dari landasan. Catatan pesawat bakal mendarat di Bandar Udara Muscat Seeb, Oman. Pesawat ini dimiliki oleh Syarikat Penerbangan India Airlines ini merupakan pesawat penumpang kecil. Peristiwa nahas itu terjadi pada 25 March 1986 dan hingga kini K2729 belum ditemukan....

4. Douglas C-47B-1-DL - Rp-C138 Pesawat Kargo, Douglas C-47B-1-DL / Rp-C138. Di kesan terhempas ketika menuju dari Bandar Udara Kota Davao menuju ke Ibu Kota Manila, Filifina. Diperkirakan pesawat ini terjatuh di antara Davao dan Manila namun belum diketahui apakah di lautan atau di daratan. Peristiwa ini terjadi pada 31 Oktober 1984. Kehilangan nya juga dikaitkan dengan Alam Misteri. Kebetulan pada tarikh kehilangan itu bertepatan dengan perayaan Halloween maka tafsiran nya mengikut kepercayaan mereka sendiri bahawa hari Halloween itu di mana ‘Setan’ di lepaskan dari Neraka dan berkeliaran atas muka bumi...Sehingga kini kehilangan itu menjadi Misteri yang terpendam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...